9 November 2012 adalah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh team falak penang yang diketuai oleh Dato' Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad yang telah menjejak kaki ke Australia dalam misi menjejaki fenomena gerhana matahari penuh yang berlaku pada 14 November 2012. Penjelajahan ini diketuai oleh Kumpulan daripada Universiti Malaya dan beberada kumpulan lain iaitu , Team falak dari jabatan Mufti Kelantan, Terengganu, dan Perak.
Alhamdulillah program yang berlangsung pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya. Tujuan utama adalah dalam menjalankan kajian yang berkaitan kejadian gerhana dan kaitannya dengan persekitaran. Di antara kajian yang dibuat adalah pengimejan hilal, suhu,kelembapan,kajian subuh dan beberapa kajian yang dijalankan sendiri oleh Team Universiti Malaya.
Pages
INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012
Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Tuesday, November 27, 2012
Thursday, November 1, 2012
PENANG SPACE FESTIVAL WITH NASA 2012
Program yang berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan terutamanya daripada pelajar-pelajar sekolah dan pejalar-pelajar IPTA mahupun IPTS. Diantara slot-slot yangdijalankan oleh Bahagian Falak Dan Sumber Maklumat ialah pameran falak, cerapan matahari, cerapan langit malam. kuiz umum, dan ceramah falak yang berkisarkan tentang kepentingan ilmu falak dan ibadah. Program sebegini merupakan satu transfomasi bagi mendedahkan ilmu astronomi dan falak kepada masyarakat umum tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga apa yang dijalankan hari ini akan berterusan pada hari mendatang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Diantara kakitangan yang bertugas di Kioks JMNPP
Teleskop yang digunakan untuk cerapan matahari dan langit malam
Diantara kakitangan yang bertugas di Kioks JMNPP
LATIHAN FALAK DI SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS
Latihan Falak 9 telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
kelmarin.Pelbagai aktiviti telah disusun oleh bahagian Falak dan Sumber
Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama pihak
pengurusan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.Aktiviti falak yang dijalankan seperti cerapan matahari, pameran falak dan mereka cipta jam matahari.Penglibatan pelajar dalam aktiviti falak ini,dapat membuka minda mereka bahawa ilmu falak memberi manfaat dalam berbagai bidang ilmu antaranya geografi,matematik,fizik dan sains.Harapan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang agar pendedahan ini dapat menanam minat pelajar untuk mempelajari Falak atau Astronomi pada masa akan datang.
Imej Matahari yang sempat dirakam menggunakan Kamera DSLR Nikon dengan filter matahari |
Para Pelajar sibuk mengecat tandaan bagi arah mata angin di dataran sekolah. |
Monday, October 22, 2012
Tuesday, October 16, 2012
CERAPAN HILAL ZULHIJJAH 1433
Yang Amat Arif Ketua hakim Syarie, Dato Yusof bin Musa mengetuai cerapan hilal zulhijjah 1433 di Pusat Falak Sheikh Tahir bersama ahli jawatankuasa rukyah negeri Pulau Pinang.Antara yang hadir dalam cerapan petang kelmarin yang bermula dari pukul 6.30 petang sehingga 7.30 petang itu terdiri Dato Sazali b Hussein, Pengarah jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Prof Dr Abdul Halim bin Abd AZiz (Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atsmosfera,Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri Pulau Pinang) Ustaz Fauzi bin Ibrahim,(Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya),wakil pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang dan beberapa kakitangan Pusat Falak Sheikh Tahir dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang( JUPEM) .Berdasarkan perkiraan, anak bulan tidak dapat dilihat kerana waktu ijtimak berlaku pada pukul 8.03 malam 15 Oktober
Fenomena langit selepas matahari terbenam pada pukul 7.30 |
(Ijtimak bermaksud : Bumi, bulan dan Matahari berada dalam satu garisan) belum berlaku pada hari cerapan.Perkara sebegini jarang berlaku sepanjang cerapan yang telah dijalankan oleh Bahagian Falak , Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang pada tahun ini. Maka,hari Raya Aidil Adha telah ditetapkan pada hari Jumaat,10 Zulhijjah 1433 bersamaan pada 26 Oktober 2012. Kami dari Bahagian Falak dan Sumber Maklumat,Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat.
Pengumuman ketidak nampakan Hilal oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang , Dato Yusof bin Musa. |
Tuesday, October 9, 2012
Monday, October 8, 2012
Wacana Ilmu: Kepentingan Memahami Ilmu Falak dari Aspek Ibadah
Para peserta sedang mengikuti wacana ilmu falak oleh Dr Arso. |
Suatu wacana ilmu falak yang disampaikan oleh salah seorang ahli Badan Hisab Rukyat Wilayah Sumatera Utara,Medan iaitu Drs.H.Arso telah sudi berkongsi pengalaman serta ilmu yang berkaitan dengan Ilmu Falak kepada peserta yang terdiri dari pelajar Kolej islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang dan kakitangan kerajaan .Sebelum itu, Yang Bahagia Dato' Abdul Malik Abul Kassim sudi merasmikan wacana tersebut yang dihadiri Rektor KITAB serta Timbalan Mufti,Al-Fadhil Ustaz Salahuddin bin Hj Ghozali.Menurut Dr Arso, umat islam kini semakin jauh terpisah dari ilmu falak disebabkan beberapa faktor,antaranya rasa tidak perlu lagi dipelajari pada masa kini kerana segala data serta kajian telah dibuat oleh orang barat.Kita sebagai umat islam banyak menjadi " Pengguna" sedangkan ilmu ini wajib dipelajari serta kajian lebih lanjut seperti contoh menentukan waktu masuk waktu magrib berdasarkan pandangan mata kasar atau guna peralatan seperti Teleskop. Selaku Ketua Timbalan Ahli bagi Badan Hisab Rukyah wilayah Sumatera Utara,menaruh harapan supaya Ilmu ini dipandang sepi oleh pelajar kerana kepentinganya dalam melakukan ibadah sangat penting samada dalam membayar zakat,mengerjakan haji serta memulakan puasa di bulan ramadan dan lain lain amalan ibadat. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang akan sentiasa mengisi ruang masa supaya ia dapat dipenuhi dengan majlis ilmu sebegini kepada umat islam yang kini jauh dengan budaya Ilmu apatah lagi membaca.Semoga umat islam dapat mengembalikan zaman kegemilangan islam dahulu dengan iltizam yang sungguh dan istiqamah dalam apa jua bidang ilmu.
Sesi Soal Jawab oleh pelajar KITAB. |
Thursday, September 27, 2012
Terima kasih di atas lawatan
Ma'ahad Tarbiah Islamiah ,Derang Kedah
kerana sudi bertandang ke
Pusat Falak Sheikh Tahir Pantai Acheh Balik Pulau
Pada 21 September 2012
Thursday, September 20, 2012
LAFAL 5- latihan Falak di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya
TUGU ARAH MATA ANGIN DI SEKOLAH PENGKALAN JAYA |
Encik Zulhelmi menerangkan sesuatu kepada pelajar |
Latihan falak 5 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya Tasek Gelugor berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang cukup baik dari guru mahupun pihak Sekolah dalam pendedahan ilmu falak kepada pelajar sekolah tersebut.Program yang mensasarkan penglibatan guru derta pelajar dalam projek membuat arah mata angin dihalaman berdekatan perjalan kaki dapat memberi impak yang positif dalam melahirkan pelajar yang peka dengan ilmu falak. Selain dari itu, pendedahan ilmu dari segi pameran turut juga diadakan diruang legar bangunan sekolah .Pelajar atau guru dapat mengambil maklumat yang berkaitan dengan ilmu falak atau astronomi melalui alatan dan sudut tokoh ilmuwan falak yang terkenal dari zaman kemuncak kegemilangan islam hingga tokoh ilmuwan falak Malaysia terkini seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Tuan Haji Ahmad Khair Taib dan Tuan Haji Abdul Ghani Salleh.Pelajar juga didedahkan dengan kaedah pengukuran masa menggunakan Jam matahari.Dengan pembelajaran yang praktikal,dibantu dengan kaedah teori,pelajar dapat menggunakan jam matahari tersebut untuk mengukur masa sendiri.Harapan dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang kepada pihak Sekolah yang terlibat supaya dapat mengadakan pelbagai program yang berkaitan dengan astronomi supaya dapat melahirkan pelajar yang celik falak serta menjadi pelapis dalam meneruskan ilmu falak ini pada masa akan datang .
Wednesday, September 5, 2012
HARI TERBUKA PUSAT FALAK 2012
Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang telah mengadakan Hari Terbuka Pusat Falak Sheikh Tahir untuk memberi peluang kepada masyakat setempat sekitar daerah Balik Pulau mengenali lebih dekat .Objektif Hari Terbuka yang diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada orang awam peranan dan fungsi yang telah disumbangkan oleh Pusat Falak Sheikh Tahir dalam menyemarakan ilmu falak di Pulau Pinang.Selain diketahui umum, Pusat Falak Sheikh Tahir adalah salah satu tempat rasmi cerapan Hilal bagi bulan rasmi
( Ramadan,Syawal dan Zulhijjah),ia merupakan stesen kajian data bagi NASA ( National Aeornautic Space Administration) bagi kawasan semenanjung Malaysia selain di Kuching,Sarawak. Tujuan alat tersebut dipasang adalah untuk tujuan pengukuran kandungan zarah udara secara khusus di kawasan Pulau Pinang .Program dimulai dengan Pertandingan mewarna oleh kanak-kanak dari Pusat Asuhan Islam kawasan sekitar Baik Pulau .Seramai 30 orang pelajar bersama 4 guru pengiring turut sama mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang menawarkan hadiah serta saguhati kepada mereka yang kurang bernasib baik.Penyampaian hadiah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang, Ustaz Salahuddin bin Haji Ghozali. Antara aktiviti lain yang dijalankan seperti pertandingan mencipta dan melancarkan Roket Air, cerapan matahari serta Tayangan Ilmiah kepada pengunjung yang ingin mengetahui isu semasa dalam dunia astronomi.Muzium Galeri Tengku Fauziah turut sama mengambil bahagian dengan membawa batu meteoroid yang dijumpai di Lenggong serta pameran yang menarik dan unik.Semoga usaha yang murni ini dalam mengilmukan masyarakat melalui medium yang berbagai bentuk dapat dilestari pada masa hadapan.
Tuesday, July 31, 2012
Pusat Falak Sheikh Tahir bersama Komuniti
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA
ISLAND COLLEGE OF TECHNOLOGY
kerana sudi menyediakan lokasi
di dalam Program
PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR BERSAMA KOMUNITI
Pada
30 Julai 2012
Diantara kativiti yang dijalankan
Ceramah Astronomi & Falak
Pameran Astronomi & Falak
Cerapan langit Malam
Jumpa anda lagi pada tahun 2013
Thursday, July 19, 2012
SEMINAR FALAK DAN ASTRONOMI PERAK
Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (Uitm) Iskandar, Perak telah berjaya menganjurkan Seminar Falak peringkat negeri Perak darul Rizuan 2012 yang berlangsung selama sehari di Dewan Seri Iskandar,Universiti Teknologi Mara (Uitm) Iskandar, Perak .Perasmian yang disempurnakan oleh Rektor,Universiti Teknologi Mara Perak,Profesor Ir.Dr Hajjah Zainab bt Mohamed.Teks ucaptama telah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Zamri ,Timbalan Mufti Negeri Perak .Dalam ucapan beliau menyentuh isu -isu semasa berkait dengan falak seperti penetapan awal ramadan,penggunaan istilah anak bulan (hilal) dan penetapan hari raya aidiladha di Malaysia.Objektif seminar ini diadakan untuk memberi penjelasan berkaitan isu falak semasa seperti arah kiblat dan pemahaman orang awam berkenaan permulaan bulan dalam islam.Antara pembentang kertas kerja yang dijemput ialah Dr Azhari bin Mohamed, Pengarah ukur Seksyen Geodesi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Ustaz Hanafiah b Abd Razak,Penolong Pegawai bahagian falak,jabatan Mufti Negeri Johor.Tajuk kertas kerja yang dibentang kan oleh kedua -dua pembentang iaitu "Peristiwa Matahari di Zenith Kaabah- Bagaimana ia Terjadi dan "Isu -isu berkaitan Rukyah dan Hilal'.
Pameran dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan mempamerkan Alatan Falak Tradisional serta Tokoh Ilmuwan Falak. |
Bagi menyerikan lagi seminar tersebut, para pelajar mahupun peserta yang menyertai seminar,sebuah Planetarium yang didatangkan khas Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Planetarium tersbut dikendalikan oleh Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera,Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.Manakala pameran yang disertai oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta persatuan pelajar dari jurusan Ukur dari Universiti Teknologi Mara, Iskandar,Perak.
Friday, July 13, 2012
Semakan Kiblat Sempena Istiwa Adzam
Written by on .
Fenomena
Istiwa Adzam akan berlaku pada 15 Julai 2012 (Ahad) pada jam 5:28
petang. Istiwa Adzam adalah fenomena di mana matahari berada tegak di
atas Kaabah. Apabila istiwa matahari terjadi di sini, bayang objek tegak
di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Semakan arah kiblat
boleh dibuat sewaktu terjadinya fenomena ini.
Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
- Gunakan objek lurus seperti tiang.
- Tiang tersebut didirikan, sebaiknya di kawasan lapang dan pastikan ianya lurus serta tegak.
- Bagi menyemak ketegakkan tiang tersebut boleh diletakkan tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
- Pastikan tiang yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
- Penyemakkan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya (27 Mei 2012, Ahad jam 5:16 petang). Sila rujuk waktu piawai melalui http://mst.sirim.my/ atau waktu di tv.
- Oleh kerana bayang yang terjadi yang berlaku di Malaysia pada sebelah petang maka bayang tiang akan jatuh ke arah timur.
- Penandaan arah kiblat adalah ke arah barat iaitu bayang tiang yang menghala kembali ke pangkalnya.
Monday, July 9, 2012
LAWATAN SMKA AL MASHOOR LELALKI KE PUSAT FLAAK SHEIKH TAHIR
TERIMA KASIH kepada
SMKA AL- MASHOOR LELAKI
KERANA SUDI BERKUNJUNG
KE
PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR PANTAI ACHEH
PADA
6-7 JULAI 2012
Friday, July 6, 2012
5 MASJID TERBESAR DUNIA
Sempena Ramadhan yang akan menjelma tak lama lagi, Team falak penang ingin berkongsi lima masjid terbesar dunia yang menjadi kebanggaan seluruh umat islam
NO.1 MASJIDIL HARAM
Lokasi di Kota Mekah, Arab Saudi menjadi masjid paling mulia dan terbesar bagi seluruh umat islam
terutama musim haji. Anggaran keluasan adalah 4,008,202 meter persegi.
NO.2 MASJID AL NABAWI
Terletak di Kota Madinah, Dibuna hasil titik peluh Rasullulah SAW dan menjadi tumpuan kedua umat islam selepas Masjidil Haram.Boleh memuatkan sehingga satu juta orang.
N0.3 MASJID ISTIQLAH
Terletak di Jakarta, Indonesia. Ia juga merupakan masjid terbesar di Asia yang mampu memuatkan seramai 120,000 orang dalam satu masa.
NO.4 MASJID HASSAN II
Diambil sempena nama Raja Morocco, Raja Hassan II yang terletak di Casablanca, Morocco. ia mamakan kos pembinaan $800 bilion. Mampu memuatkan seramai 105,000 orang.
NO.5 MASJID FAISAL
Terletak di Ismamabad dan merupakan masjid terbesar di Asia Selatan. ia pernah menjadi masjid terbesar dunia dari segi saiz pada tahun 1986 sehingga 1993.mampu memuatkan lebih dari 300,000 orang.
Monday, July 2, 2012
Tuesday, June 12, 2012
Lawatan Pusat Tuisyen Permata MH
Terima Kasih di atas Kesudian Pusat Tuisyen Permata MH, yang sudi berkunjung
ke Pusat Falak Sheikh Tahir
pada 8-9 Jun 2012
Thursday, June 7, 2012
Transit Terakhir Venus Bagi Abad Ini
Para pengunjung tidak sabar untuk melihat Transit Zuhrah |
6 June 2012 :Peristiwa transit Venus atau transit Planet Zuhrah berlaku kali terakhir dalam abad ini pada tahun 2004 yang lalu berlaku sekali lagi kelmarin.Atas inisiatif bagi memberi peluang kepada orang awam yang belum melihat fenomena ini,Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang serta lain -lain agensi seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang menganjurkan acara besar-besaran dengan mengadakan menganjurkan berbagai- bagai aktiviti seperti cerapan,pertandingan astrofotografi,bengkel water roket,ceramah dan lain-lain lagi.Pada awal 7.00 pagi ,para petugas dari agensi kerajaan serta peminat astronomi sudah bersedia dengan kelengkapan teleskop masing-masing berada di tapak cerapan yang berhadapan rumah tetamu Universiti Sains Malaysia.Planet Venus mula dapat dilihat dengan menggunakan teleskop yang boleh menapis cahaya matahari ( filter) melintasi matahari pada awal pukul jam 6.09 pagi, ia berada di fasa
maksimum pada jam 9.29 pagi dan berakhir jam 12.49 tengah hari.Fenomena ini juga disaksikan di seluruh dunia.Walaupun pada awal pagi hujan lebat,ia tidak melunturkan semangat para pengunjung untuk melihat fenomena yang jarang sekali dapat dilihat apatah lagi fenomena ini berlaku 2 kali dalam 100 tahun.Dianggarkan seramai 500 orang pengunjung turut serta dalam cerapan tersebut.Para pengunjung juga diberi peluang mengambil peluang untuk mengambil imej transit dengan menggunakan teleskop selain dari melihat sendiri melalui paparan secara terus di layar putih.Berikut adalah antara imej transit zuhrah yang sempat dirakam dan suasana cerapan sepanjang transit Venus.
lintas langsung dari Mauna Loa Explotarium, Hawai dipaparkan kepada pengunjung |
Gambar diambil secara terus menggunakan kamera DSLR Canon |
Lintasan Venus ini juga dapat dilihat mnggunakan binokolar yang ada penuras matahari |
En Aizuan menggayakan aksi seperti menyentuh Planet Zuhrah |
Teleskop jenis Dubsonian kepunyaan salah seorang peminat Astronomi |
Subscribe to:
Posts (Atom)