Dengan membawa tema kali ini "Generasi Unggul Astronomi Masa Depan " menjadikan  Konvensyen Astronomi Penang 2011  pada kali ini terus menarik pengunjung dengan dimuatkan dengan berbagai aktiviti astronomi yang berlangsung dari 7-9 julai 2011.Majlis Perasmian  yang telah disempurnakan  oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ,T.Y.T Tun Dato ' Seri Utama  (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas . Konvensyen yang saban tahun diadakan  telah menarik perhatian lebih 10,000 pengunjung dengan dimuatkan beberapa aktiviti antaranya  Demonstrasi Water Roket ,Spektrohelioskop, Cerapan Menjejak Sunspot, Pertandingan mewarna kanak-kanak,pertandingan pameran terbaik di antara Sekolah Angkat Falak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang selain dari pameran yang melibatkan agensi berkaitan .Sebanyak 10 agensi  kerajaan telah terlibat antaranya  Jabatan Mufti Negeri Sembilan , Kompleks Al-Khawarizmi Melaka dan lain-lain agensi dari pihak swasta.
  

 Bagi menyerikan lagi konvensyen pada kali ini, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang  dengan kerjasama Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan program  " Bicara Ilmu"  yang mengupas hikmah  penciptaan Alam Semesta yang disampaikan oleh Sahibul Fadhilah, Us Salahuddin bin Hj Ghozali,Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang serta penjelasan Isu Taqwim dan implikasi pada dunia islam yang telah disampaikan oleh Prof. Dr Abdul  Halim b Abd Azis dari Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera , Universiti Sains Malaysia. Cerapan Langit juga turut  diadakan  di Padang kawad  dengan dihadiri oleh ahli astronomi samaada profesional atau amatur. 
  | 
| Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor sudi berkongsi pengalaman beliau pada pengunjung sempena Konvensyen Astronomi Penang 2011 | 

Pada hari ketiga , konvensyen pada kali ini telah diserikan lagi  dengan penampilan istimewa  Angkasawan Negara,  Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, telah meluangkan masa bersama pengunjung terutama sekali para pelajar walaupun hanya 30 minit. Dalam sesi tersebut,beliau  berkongsi pengalaman  semasa latihan di Russia serta saat -saat manis di Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan   memberi   beberapa  tips bagi  mereka yang berminat untuk menjadi  seorang angkasawan negara pada masa akan datang.Sesi bergambar bersama Angkasawan Negara menjadi acara terakhir dalam kemuncak konvensyen pada kali ini.Semoga dengan tema yang dipilih pada konvensyen Astronomi pada kali ini   diharap menjadi suatu titik tolak kepada melahirkan generasi yang unggul dari segi ilmu pengetahuan,serta pengalaman dalam menyulusuri dunia  yang serba mencabar pada alaf milenium ini.