Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Thursday, July 14, 2011

ISTIWA AD'ZAM 16 JULAI 2011

Peristiwa yang berlaku 2 kali setahun kini akan dirasai kembali pada 16 Julai ini pada jam 5.28 petang.Masyarakat boleh menentukan kedudukan arah kiblat dengan menggunakan bayang matahari sahaja.
    Kejadian ini dipanggil Istiwa Ad'zam dimana kedudukan matahari berada tepat di atas kaabah
( Koordinat kaabah merupakan tempat laluan matahari.)

JANGAN KETINGGALAN..........PASTIKAN ARAH KIBLAT ANDA BETUL......

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK