Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Thursday, July 19, 2012

SEMINAR FALAK DAN ASTRONOMI PERAK


Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (Uitm) Iskandar, Perak telah berjaya menganjurkan Seminar Falak peringkat negeri Perak darul Rizuan 2012 yang berlangsung selama sehari di Dewan Seri Iskandar,Universiti Teknologi Mara (Uitm) Iskandar, Perak .Perasmian yang disempurnakan oleh Rektor,Universiti Teknologi Mara Perak,Profesor Ir.Dr Hajjah Zainab bt Mohamed.Teks ucaptama telah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Zamri ,Timbalan Mufti Negeri Perak .Dalam ucapan beliau menyentuh isu -isu semasa berkait dengan falak  seperti penetapan awal ramadan,penggunaan istilah anak bulan (hilal) dan penetapan hari raya aidiladha di Malaysia.Objektif seminar ini  diadakan untuk memberi penjelasan berkaitan isu falak semasa seperti arah kiblat dan pemahaman orang awam berkenaan permulaan bulan dalam islam.Antara pembentang kertas kerja yang dijemput ialah Dr Azhari  bin Mohamed, Pengarah ukur Seksyen Geodesi Jabatan Ukur  dan Pemetaan Malaysia dan Ustaz Hanafiah b Abd Razak,Penolong Pegawai bahagian falak,jabatan Mufti Negeri Johor.Tajuk kertas kerja yang dibentang kan oleh kedua -dua pembentang iaitu "Peristiwa Matahari  di Zenith Kaabah- Bagaimana ia Terjadi dan "Isu -isu berkaitan Rukyah dan Hilal'.

Pameran dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan mempamerkan Alatan Falak Tradisional serta Tokoh Ilmuwan Falak.
Bagi menyerikan lagi seminar  tersebut, para pelajar mahupun peserta yang menyertai seminar,sebuah Planetarium yang didatangkan khas Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Planetarium tersbut dikendalikan oleh Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera,Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.Manakala pameran yang disertai oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang, Jabatan  Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta persatuan pelajar dari jurusan Ukur dari Universiti Teknologi Mara, Iskandar,Perak.
Rektor,Universiti Teknologi Mara Perak,Profesor Ir.Dr Hajjah Zainab bt Mohamed serta Us Zamri sedang bertanya sesuatu kepada Ustaz Jais Anuar ketika melawat  booth pameran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.





PERALATAN FALAK