|
Sahibul Fadhilah Ustaz Salahuddin menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Hanafiah di akhir kursus. |
Pada tahun ini, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang sekali lagi menganjurkan Tafaqquh fil Ilmi Falak selama 2 hari pada 8 -10 Mei 2012 di Pusat Produktiviti Malaysia cawangan utara di Kepala Batas, Seberang Perai Utara.yang telah masuk tahun kedua dengan menjemput Tuan Haji Mohd Hanafiah bin Abd Razak dari Bahagian Falak,Jabatan Mufti Negeri Johor sebagai penceramah .Objektif utama dalam Kursus ini adalah memperkenalkan ilmu buruj serta manzilah yang mempunyai banyak faedah sekiranya dapat memahami serta dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Kupasan serta huraian dari Ustaz Hanafiah yang mempunyai latarbelakang pengajian berdasarkan kitab turath serta pengalaman beliau di Mekah al Mukarammah banyak dapat dikongsi bersama Guru- guru pembimbing Kelab Angkat Falak.Selain itu, peserta dari jabatan Mufti negeri lain seperti Jabatan Mufti Negeri Perak, Kedah serta Perlis turut sama hadir untuk menimba ilmu serta berbincang berkaitan isu falak terkini.Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Salahuddin bin Hj Ghozali,Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang serta penyerahan sijil penyertaan kepada guru -guru serta pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Perak ,Kedah serta Perlis .Dalam intisari ucapan perasmian penutup oleh ustaz Salahuddin beliau berharap ilmu ini dapat di sampaikan kepada pelajar disekolah masing -masing serta dapat mengadaptasikan ilmu ini dalam bentuk alatan ataupun amali seperti cerapan dan sebagainya.
|
Ustaz Faizal dari Jabatan Mufti Perak sedang menerima sijil kursus dari Us Salahudin |