Semakan Kiblat Sempena Istiwa Adzam
Fenomena
Istiwa Adzam akan berlaku pada 15 Julai 2012 (Ahad) pada jam 5:28
petang. Istiwa Adzam adalah fenomena di mana matahari berada tegak di
atas Kaabah. Apabila istiwa matahari terjadi di sini, bayang objek tegak
di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Semakan arah kiblat
boleh dibuat sewaktu terjadinya fenomena ini.
Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
- Gunakan objek lurus seperti tiang.
- Tiang tersebut didirikan, sebaiknya di kawasan lapang dan pastikan ianya lurus serta tegak.
- Bagi menyemak ketegakkan tiang tersebut boleh diletakkan tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
- Pastikan tiang yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
- Penyemakkan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya (27 Mei 2012, Ahad jam 5:16 petang). Sila rujuk waktu piawai melalui http://mst.sirim.my/ atau waktu di tv.
- Oleh kerana bayang yang terjadi yang berlaku di Malaysia pada sebelah petang maka bayang tiang akan jatuh ke arah timur.
- Penandaan arah kiblat adalah ke arah barat iaitu bayang tiang yang menghala kembali ke pangkalnya.