Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, April 9, 2012

Tunas Muda Falak 2 : Menjejaki Generasi Falak

Pelajar ceria dalam  permainan" belon racun"yang dikendalikan oleh Fasilitator pada
 program Tunas Muda Falak 2 di Sekolah Kebangsaan Stowell ,Bukit Mertajam .
Pada 6 hingga 7 April yang lalu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah mengadakan program Tunas Muda Falak 2 peringkat Sekolah Rendah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam yang melibatkan seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Angkat Falak yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Objektif program ini diadakan ialah meningkatkan pengetahuan ,kefahaman serta kemahiran para pelajar berkaitan ilmu falak dan Astronomi.Selain itu,ia dapat menyemai minat dalam jiwa generasi awal terutama pelajar sekolah rendah.Antara Sekolah Angkat Falak  yang terlibat dalam Tunas Muda Falak siri 2 ini ialah Sekolah Rendah Agama Islam Al-Masriyah,Sekolah Rendah Pengkalan Jaya,Sekolah Kebangsaan Guar Perahu serta Sekolah Kebangsaan Stowell Bukit Mertajam selaku tuan rumah bagi program tersebut.Antara aktiviti yang telah disusun oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang ialah Bengkel Water Roket,Ceramah Pengenalan Astronomi,Peralatan Astronomi,pengenalan Peta Bintang,Explorace oleh Petrosains dan Kuiz Astronomi .Majlis Perasmian Penutup serta penyampain sijil  kepada peserta telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Stowell, Bukit Mertajam iaitu Encik Ahmad bin Hamid.Dalam ucapan beliau, dia memuji serta berharap program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang. 
Fasilitator sedang menunjukan cara merekabentuk Roket Air .











PERALATAN FALAK