Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Friday, April 30, 2010

LAWATAN POLISAS

15 APRIL 2010         Lawatan Pelajar dari POLISAS Kuantan ke Pusat Falak SheikhTahir merupakan langkah kanan dimana pada hari itu ,aktiviti cerapan hilal Jamadil Awal 1431H akan dicerap.Taklimat berkaian Pusat Falak dan bagaiman cerapan hilal dijalankan telah disampaikan oleh Team Falakpenang.Namun cerapan hilal pada petang  itu tidak membenarkan bulan kelihatan disebabkan keadaan awan yang begitu tebal.Terima kasih diucapkan kepada rombonan POLISAS.



Rajah 1:Sebahagian Pelajar yang menyertai rombongn ini.



Rajah 2: Sesi taklimat berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir

Rajah 3:Sebahagian pelajar yang mencerap hilal Jamadil Awal 1431H

Wednesday, April 28, 2010

LAWATAN SEK. MEN. SELAMA KEDAH.

22 APRIL 2010      Rombongan lawatan disambut dengan hati terbuka oleh pihak Pusat Falak Sheikh Tahir.Talimat berkaitan Pusat Falak & fungsinya sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengenali dan memahapi tunjuan ia diwujudkan.Selain itu cerapan langit malam turut diberi kesempatan kepada pelajar yang hadir dalam rombongan ini.Krew falakpenang mengucapkan terima kasih diats kesudian menjejak kaki di Balai cepa Pusat Falak Sheikh Tahir.

KE MRSM MERBOK,KEDAH

25 APRIL 2010  Team Falakpenang diundang ke ke Kedah,negeri jelapang padi di MRSM Merbok,Aktiviti bermula dengan ceramah astronomi yang disampaikan oleh Ustaz Hardi (JAKIM)  kepada pelajar-pelajar yang dianggarkan seramai 300 orang.

   Aktiviti diselitkan lagi dengan tayangan video astronomi  dan cerapan langit malam.begitu seronok melihat telatah pelajar dimana sesetengah daripada mereka tidak pernah melihat planet secara dekat dengan menggunakan teleskop.Alhamdulillah hajat mereka telah termakbul...

BENGKEL FALAK DI SMKA IA-IRSHAD,POKOK SENA

24 APRIL 2010   Team Falakpenang berhijrah sehari di SMKA Al Irshad bagi menjalankan bengkel falak yang telah dianjurkan oleh Kelab Falak Syarie sekolah tersebut .Aktiviti bermula dengan penyampaian ceramah Astrofotografi yang disampaikan oleh Mr. Lim.Seterusnya aktiviti disusuli dengan aktiviti mereka roket yang berasaskan bahan daripada straw minuman dan kertas.


         Cerapan langit malam yang bermula selepas waktu Isyak menggamik pelajar-pelajar untuk menyaksikan keadaan langit yang lerbentang bintang bergemalapan dan planet yang bergerak pada orbitnya...Suasana berakhir pada pukul 12 malam..Team Falakpenang berangkat pulang....

PROGRAM TUNAS MUDA FALAK SIRI II

17 APRIL 2010  Krew Falakpenang bertapak di SMKA Al -Mashoor (L) bagi menjalankan aktiviti  Program Tunas Muda Falak Siri ke-2.Kali ini peserta didedahkan dengan cara penggunaan Tiodolit dan pengiraan arah kiblat.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak JUPEM Pulau Pinang kerana sudi menerima pelawaan kami untuk membantu memberi taklimat  dan ceramah kepada peserta Tunas Muda....sekian...

PERALATAN FALAK