  | 
| Encik Shahril tidak jemu berkongsi ilmu dengan guru guru | 
  | 
| Para Guru dan urusetia program  bergambar bersama Encik Shahril pada hari  akhir Falak Education Worskhop di Anisani Resort, Nibong Tebal. | 
Bagi meningkatkan kemahiran penggunaan Teleskop dikalnagan guru terutama   guru  yang dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan sekolah untuk mengendalikan Kelab Falak,maka Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengambil daya usaha mengadakan Falak Education Workshop pada 1-2 April 2013 di Anisani Resort, Nibong Tebal.Objektif kursus ini diadakan adalah memberi pemahaman serta pendedahan kepada guru-guru   berkaitan alatan Teleskop.Encik Shahril yang mengendalikan laman sesawang yang popular dikalangan pencinta dunia Astronomi  di Malaysia iaitu Falak online  di jemput untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman beliau  dalam dunia astronomi serta alatan teleskop .Dalam sesi pengenalan teleskop, beliau menerangkan fungsi teleskop.Selain itu,guru juga didedahkan dengan perisian terkini serta laman sesawang yang dapat membantu mencari data atau panduan sebelum mencerap.