Perkataan "astro' adalah berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud 
"  berkaitan dengan bintang ".Kini astronomi ialah satu cabang ilmu yang  berkaitan dengan kajian bulan dan bintang bahkan lebih dari itu  ,galaksi, planet, jirim yang terkandung didalam bintang, nova,  supernova, nebula, pulsar dan apa jua jasad  yang terdapat di angkasa  lepas .Ada setengah berpendapat bahawa ilmu astronomi itu adalah  berkaitan dengan menilik nasib dengan melihat gugusan bintang atau  buruj. Sebenarnya pendapat itu, meleset sama sekali. Sebenarnya ilmu  tersebut dipanggil Astrologi .Astronomi adalah ibu kepada sains jitu  (exact Science), banyak memberi faedah . Dengan hanya melihat serta  mengetahui bintang Polaris( Utara ) dan buruj Orion ( Barat ) manusia  dapat mengenal pasti kedudukan dan arah boleh ditentukan dengan tepat.  Ini memberi kemudahan kepada nelayan  dan mereka yang dalam pelayaran.  Buruj yang dikaitkan dengan sesuatu musim digunakan sebagai panduan  untuk memulakan semaian, mengeringkan hasil tuaian seperti gandum atau  padi  dan sebagainya.
  | 
| Bulan adalah satelit semulajadi dan pengimbang bagi Bumi kita. | 
Bagi  golongan ahli fizik, bintang -bintang merupakan makmal  yang sungguh  hebat di mana berlakunya berbagai-bagai  interaksi  nuklear  tenaga  tinggi dalam keadaan  yang tidak mungkin dapat diwujudkan di makmal  -makmal buatan manusia .Keadaan seperti suhu ,medan magnet serta graviti  yang terhasil mungkin dapat dilihat didalam makmal-makmal.Oleh itu,  ahli astrofizik senantiasa membuat cerapan terhadap cakerawala untuk  mengesan bahan bahan  dan sinaran yang dapat menyumbangkan sesuatu dalam  memahami undang -undang fizik atau sunnatul Allah ( hukum -hukum Allah )  .Mempelajari planet yang ada dalam sistem matahari kita ini akan dapat  memberi iktibar tentang perlunya manusia tidak membuat kerosakan ( fasad  di bumi ini).Kewujudan  tamadun di Planet Venus dikatakan tidak mugkin  terjadi dan wujud disebabkan oleh atmosferanya dipenuhi dengan karbon  dioksida! Setengah planet pula hanya dipenuhi dengan batuan sahaja dan  tidak mempunyai ruang udara.  Itu lah yang akan berlaku kepada Bumi  sekiranya manusia tidak berdamai atau tidak menghormati bumi dengan  melakukan pencemaran udara,penebangan pokok serta sungai yang dicemari  pelbagai bahan yang merbahaya. Ini memberi kesan kepada "rumah hijau "  dan kesan -kesan lain mungkin boleh berlaku menyebabkan bumi sudah tidak  boleh dihuni lagi..bersambung..