Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Wednesday, May 2, 2012

Sambutan Hari Astronomi 2012









Kapten Mohamed  Faiz Kamaludin sedang menjawab beberapa soalan dari pengunjung Hari Astronomi 2012 di Aeon Jusco Shopping Mall,Bukit Mertajam .

Pelancaran Laman Web baru  Jabatan Mufti telah di sempurnakan oleh Dato Farizan bin Darus,  Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sambil disaksikan Sahibul Samahah Mufti, Datuk Haji Hassan serta YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Pemenang sedang menerima sijil penyertaan pertandingan Sajak Falak  dari Dato Farizan  Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sempena Hari Astronomi Peringkat Negeri Pulau Pinang di Aeon Shopping Mall, Bukit Mertajam.

PERALATAN FALAK