Diantara kakitangan yang bertugas di Kioks JMNPP
Pages
INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012
Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan  SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info  falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Thursday, November 1, 2012
PENANG SPACE FESTIVAL WITH NASA 2012
       Program yang berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan terutamanya daripada pelajar-pelajar sekolah dan pejalar-pelajar IPTA mahupun IPTS. Diantara slot-slot yangdijalankan oleh Bahagian Falak Dan Sumber Maklumat ialah pameran falak, cerapan matahari, cerapan langit malam. kuiz umum, dan ceramah falak yang berkisarkan tentang kepentingan ilmu falak dan ibadah. Program sebegini merupakan satu transfomasi bagi mendedahkan ilmu astronomi dan falak kepada masyarakat umum tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga apa yang dijalankan hari ini akan berterusan pada hari mendatang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Diantara kakitangan yang bertugas di Kioks JMNPP
                                      Teleskop yang digunakan untuk cerapan matahari dan langit malam
Diantara kakitangan yang bertugas di Kioks JMNPP
LATIHAN FALAK DI SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS
Latihan Falak 9 telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas 
kelmarin.Pelbagai aktiviti telah disusun oleh bahagian Falak dan Sumber 
Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama pihak 
pengurusan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.Aktiviti  falak yang dijalankan seperti cerapan matahari, pameran falak dan  mereka cipta jam matahari.Penglibatan pelajar dalam aktiviti  falak ini,dapat membuka minda mereka bahawa ilmu falak memberi manfaat dalam berbagai bidang ilmu antaranya geografi,matematik,fizik dan sains.Harapan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang  agar pendedahan  ini dapat menanam minat pelajar untuk mempelajari Falak atau Astronomi pada masa akan datang.
| Imej Matahari yang sempat dirakam menggunakan Kamera DSLR Nikon dengan filter matahari | 
| Para Pelajar sibuk mengecat tandaan bagi arah mata angin di dataran sekolah. | 
Subscribe to:
Comments (Atom)




