Latihan Falak 9 telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas 
kelmarin.Pelbagai aktiviti telah disusun oleh bahagian Falak dan Sumber 
Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama pihak 
pengurusan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.Aktiviti  falak yang dijalankan seperti cerapan matahari, pameran falak dan  mereka cipta jam matahari.Penglibatan pelajar dalam aktiviti  falak ini,dapat membuka minda mereka bahawa ilmu falak memberi manfaat dalam berbagai bidang ilmu antaranya geografi,matematik,fizik dan sains.Harapan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang  agar pendedahan  ini dapat menanam minat pelajar untuk mempelajari Falak atau Astronomi pada masa akan datang.
  | 
| Imej Matahari yang sempat dirakam menggunakan Kamera DSLR Nikon dengan filter matahari  | 
  | 
| Para Pelajar sibuk mengecat tandaan bagi arah mata angin di dataran sekolah. | 
 
No comments:
Post a Comment