Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, February 13, 2012

LAWATAN MRSM TRANSKRIAN

Pada 12 Februari 2012, seramai 128 pelajar dari MRSM Transkrian telah mengunjungi Pusat Falak Sheikh Tahir dengan diiringi beberapa guru pengiring disambut mesra oleh kakitangan Pusat Falak Sheikh Tahir .
    Antara aktiviti yang dijalankan ialah  kaedah membaca peta bintang, cerapan matahari, Simulasi Starilium, pameran ilmu falak ,penerangan Pusat Falak dan Penerangan asas astromoni.

 Semoga apa yang diperolehi dijadikan ilmu yang berguna kini dan selamanya....terima kasih ...

PERALATAN FALAK