Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Tuesday, February 28, 2012

RUANG PAMERAN YANG BARU


 

SEMOGA WAJAH BARU RUANG PAMERAN PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR INI MENJADI KEPUASAN ANDA SEKALIAN..

JOM DATANG KE PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR
TIADA BAYARAN DIKENAKAN....

Monday, February 27, 2012

Jelajah Falak di Sekolah SM Tasek

Kelihatan Us Anuar menerangkan sesuatu pada Guru Sekolah Menengah Tasek ketika melawat pameran .
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat baru-baru ini telah sudi mengadakan Pameran Falak sempena Hari Astronomi  Sekolah Menengah Tasek pada 23 Februari yang lalu dengan mempamerkan alatan falak tradisional dan Moden.Pameran yang bermula pada pukul 9.00 pagi di ruang legar sekolah tersebut.Berbagai aktiviti diadakan oleh bahagian Falak dan Sumber Maklumat ,Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang antaranya pameran tokoh ilmuwan Islam, Tranformasi Tarikh serta Teleskop.Antara tokoh terkenal dalam pameran tersebut ialah Tokoh  ilmu falak  terkenal di Malaysia seperti  Sheikh Tahir Jalaluddin Al Falaki Azhari,Hj Mohd Khair b Mohd Taib selain ilmuwan falak seperti Al Khawarizmi,AlBattani dan Ulugh Begh.Selain itu  juga,pengunjung disajikan dengan program mengetahui tarikh lahir dalam bulan Hijriyah( bulan Islam) .Para pelajar juga tidak melepaskan peluang mengenali peralatan Teleskop  serta alatan Falak tradisional seperti Rubu Mujaiyab.Pengetua Sekolah Menengah Tasek iaitu Puan Rohani bt Hassan amat teruja  atas sambutan yang diberikan oleh pelajar semasa beliau melawat booth pameran falak.Beliau berharap semoga usaha serta galakan dari jabatan Mufti dalam pameran sebegini rupa dapat menggalakkan pelajar mengenali ilmu falak atau astronomi seterusnya dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian.Berikut adalah  gambar suasana sepanjang pameran diadakan.
Pelajar sedang melihat sesuatu menggunakan Teleskop

Pelajar-pelajar sedang melawat booth pameran bahagian Falak dan Sumber Maklumat.

Kajian Falak siri 2 di Puncak Bukit Bendera,Pulau Pinang

 Kesinambungan dari kajian falak  siri 1 di Gunung Jerai, Bahagian Falak dan Sumber maklumat ,Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama pelajar tahun akhir Universiti Malaya yang dianggotai 4 orang  telah mengadakan cerapan serta kajian siri 2  di Bukit Bendera pada 18 hingga 19 Februari 2012 yang lalu.  Sebagai maklumat awal,Ketinggian Bukit Bendera ialah   830 meter (2730 kaki) dari paras laut. Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan data matahari serta imej matahari.Perjalanan mengambil masa 30 minit dari stesen bawah ke puncak Bukit Bendera menaiki tren keretapi yang berwajah baru.Antara alatan yang dibawa seperti alatan ukur Teodelit, Kamera DSLR serta binokolar.Dengan bantuan -alatan tersebut dapat kami memudahkan kerja cerapan dilakukan.Langit tidak selalu cerah,mendung di waktu petang,itu lah ungkapan yang dapat diterjemahkan semasa berada di Bukit Bendera yang menjadi tempat rehat bagi golongan elit pada era pemerintahan British sekitar 1920an  .Kajian kami terbatas disebabkan faktor cuaca serta kehadiran kabus atau awan nipis mengepungi dataran tempat melihat matahari terbenam.Setelah Mentari terbenam di ufuk barat,kami bersolat maghrib berjemaah  di masjid Bukit Bendera yang dibina pada tahun 1966.Selepas solat maghrib,kami bersedia dengan alatan Kamera serta tripod bagi penyediaan mengambil gambar buruj Orion. Manusia merancang,Allah juga merancang, Namun perancangan Allh taala  adalah sebaik perancang,Hujan menghalang kami untuk mendapatkan imej buruj Orion.Hujan berlarutan sehingga waktu subuh. Selepas menunaikan solat subuh, saya bersama rakan lain bersiap -sedia untuk merakam gambar bulan yang ketika itu sudah menjangkau 26 hari  di ufuk timur dari Puncak Bukit Bendera.Walaupun objektif yang ditetapkan tersasar disebabkan oleh faktor cuaca serta lokasi cerapan yang tidak sesuai bagi melihat matahari terbenam di ufuk barat( matahari terbenam pada kedudukan 155 darjah) ,namun kami dapat merakam gambar bulan tua serta imej pemandangan ufuk timur semasa waktu pagi.
Imej bulan yang dirakam menggunakan kamera DSLR Nikon D 3100 pada pukul 6.41 pagi di ufuk timur,Puncak Bukit Bendera.







Kelihatan dalam gambar imej Bukit Mertajam serta diterangi cahaya matahari di ufuk Timur dari Puncak Bukit Bendera.

Us Jais Anuar bersama pasukan kajian   sedang mencerap kedudukan matahari namun kabus serta mendung menyukarkan cerapan dilakukan               

PERALATAN FALAK