INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012
Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Jelajah Falak di Sekolah SM Tasek
|
Kelihatan Us Anuar menerangkan sesuatu pada Guru Sekolah Menengah Tasek ketika melawat pameran . |
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat baru-baru ini telah sudi mengadakan Pameran Falak sempena Hari Astronomi Sekolah Menengah Tasek pada 23 Februari yang lalu dengan mempamerkan alatan falak tradisional dan Moden.Pameran yang bermula pada pukul 9.00 pagi di ruang legar sekolah tersebut.Berbagai aktiviti diadakan oleh bahagian Falak dan Sumber Maklumat ,Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang antaranya pameran tokoh ilmuwan Islam, Tranformasi Tarikh serta Teleskop.Antara tokoh terkenal dalam pameran tersebut ialah Tokoh ilmu falak terkenal di Malaysia seperti Sheikh Tahir Jalaluddin Al Falaki Azhari,Hj Mohd Khair b Mohd Taib selain ilmuwan falak seperti Al Khawarizmi,AlBattani dan Ulugh Begh.Selain itu juga,pengunjung disajikan dengan program mengetahui tarikh lahir dalam bulan Hijriyah( bulan Islam) .Para pelajar juga tidak melepaskan peluang mengenali peralatan Teleskop serta alatan Falak tradisional seperti Rubu Mujaiyab.Pengetua Sekolah Menengah Tasek iaitu Puan Rohani bt Hassan amat teruja atas sambutan yang diberikan oleh pelajar semasa beliau melawat booth pameran falak.Beliau berharap semoga usaha serta galakan dari jabatan Mufti dalam pameran sebegini rupa dapat menggalakkan pelajar mengenali ilmu falak atau astronomi seterusnya dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian.Berikut adalah gambar suasana sepanjang pameran diadakan.
|
Pelajar sedang melihat sesuatu menggunakan Teleskop |
|
Pelajar-pelajar sedang melawat booth pameran bahagian Falak dan Sumber Maklumat. |
No comments:
Post a Comment