INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012
Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Kajian Falak siri 2 di Puncak Bukit Bendera,Pulau Pinang
Kesinambungan dari kajian falak siri 1 di Gunung Jerai, Bahagian Falak dan Sumber maklumat ,Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama pelajar tahun akhir Universiti Malaya yang dianggotai 4 orang telah mengadakan cerapan serta kajian siri 2 di Bukit Bendera pada 18 hingga 19 Februari 2012 yang lalu. Sebagai maklumat awal,Ketinggian Bukit Bendera ialah 830 meter (2730 kaki) dari paras laut. Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan data matahari serta imej matahari.Perjalanan mengambil masa 30 minit dari stesen bawah ke puncak Bukit Bendera menaiki tren keretapi yang berwajah baru.Antara alatan yang dibawa seperti alatan ukur Teodelit, Kamera DSLR serta binokolar.Dengan bantuan -alatan tersebut dapat kami memudahkan kerja cerapan dilakukan.Langit tidak selalu cerah,mendung di waktu petang,itu lah ungkapan yang dapat diterjemahkan semasa berada di Bukit Bendera yang menjadi tempat rehat bagi golongan elit pada era pemerintahan British sekitar 1920an .Kajian kami terbatas disebabkan faktor cuaca serta kehadiran kabus atau awan nipis mengepungi dataran tempat melihat matahari terbenam.Setelah Mentari terbenam di ufuk barat,kami bersolat maghrib berjemaah di masjid Bukit Bendera yang dibina pada tahun 1966.Selepas solat maghrib,kami bersedia dengan alatan Kamera serta tripod bagi penyediaan mengambil gambar buruj Orion. Manusia merancang,Allah juga merancang, Namun perancangan Allh taala adalah sebaik perancang,Hujan menghalang kami untuk mendapatkan imej buruj Orion.Hujan berlarutan sehingga waktu subuh. Selepas menunaikan solat subuh, saya bersama rakan lain bersiap -sedia untuk merakam gambar bulan yang ketika itu sudah menjangkau 26 hari di ufuk timur dari Puncak Bukit Bendera.Walaupun objektif yang ditetapkan tersasar disebabkan oleh faktor cuaca serta lokasi cerapan yang tidak sesuai bagi melihat matahari terbenam di ufuk barat( matahari terbenam pada kedudukan 155 darjah) ,namun kami dapat merakam gambar bulan tua serta imej pemandangan ufuk timur semasa waktu pagi.
|
Imej bulan yang dirakam menggunakan kamera DSLR Nikon D 3100 pada pukul 6.41 pagi di ufuk timur,Puncak Bukit Bendera. |
|
Kelihatan dalam gambar imej Bukit Mertajam serta diterangi cahaya matahari di ufuk Timur dari Puncak Bukit Bendera. |
|
Us Jais Anuar bersama pasukan kajian sedang mencerap kedudukan matahari namun kabus serta mendung menyukarkan cerapan dilakukan | | | | | | | | | | | | | | | |
No comments:
Post a Comment