Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Wednesday, October 9, 2013

HARI TERBUKA PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2013

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG 
HARI TERBUKA PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2013

        5 Oktober 2013, Hari Terbuka Pusat Falak Sheikh Tahir yang berlangsung selama sehari itu diselitkan dengan pelbagai aktiviti- aktiviti yang menarik , antaranya Pertandingan mewarna kanak-kanak, Bengkel Roket Air, Bengkel Sains, Pameran 3D astronomi, Pameran Falak,Kuiz Astronomi,dan diakhiri dengan cerapan Hilal Zulhijjah 1434H . Alhamdulillah program yang dijalankan mendapat sambutan dan disambut dengan jayanya. Somaga program ini akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak yang terlibat.






Tuesday, September 17, 2013

"FALAK ON THE STREET" di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Jom ramai- ramai kita tengok langit malam di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Anda akan melihat objek di langit dengan menggunakan Teleskop. Jangan risau, percuma sahaja. Bawa keluarga anda bersama-sama...

 PADA 20 SEPTEMBER 2013 bermula pada pukul 8.00 malam sehingga 12.00 malam.




Thursday, August 29, 2013

KEM SMART HEART DI PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR

                 28 Ogos 2012,  Kem 'Smart Heart' yang dianjurkan oleh Jabatan  Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah berkunjung ke Pusat Falak Sheikh Tahir bagi mendengar sedikit taklimat berkaitan Pusat Falah Sheikh Tahir dan pengenalan berkaitan ilmu astronomi selain aktiviti- aktiviti yang telah disusun oleh Bahagian Pembangunan Fatwa Negeri Pulau Pinang, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti program ini yang berterus selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Urus Zakat (PULAZA ).





Thursday, August 15, 2013

Fenomena Hujan Meteor Perseids di Pusat Falak

        Tidak disangkakan program yang dianjurkan oleh Kelab Astronomi USM dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang yang berlangsung di Pusat Falak Sheikh Tahir pada 11 dan 12 Ogos  2013 ini mendapat sambutan di luar jangkaan . Lebih kurang 300 orang pengunjung yang datang pada malam itu. Peristiwa Hujan Meteor Perseids pada hari tersebut dianggarkan sebanyak 60 meteor/ jam sekitar kemuncaknya. Namun hanya dua meteor sahaja dapat dilihat disebabkan cuaca dan taburan awan yang banyak.








Wednesday, July 10, 2013

Cerapan Rasmi Ramadan 1434H di Pusat Falak Sheikh Tahir

             Alhamdulillah, pada 8 Julai 2013 (Isnin) Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1434H telah diadakan di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Balik Pulau, Pulau Pinang.

             Program Cerapan dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Syazalie Herman Bin Ahmad Najib, diteruskan dengan taklimat Cerapan Hilal Ramadan oleh Dr. Abd Halim Bin Abd Aziz kepada semua Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri. Tepat jam 07.15 malam Cerapan Hilal Ramadan dimulakan.

            Seramai seratus orang pengunjung menghadiri program Cerapan ini, yang terdiri daripada pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang serta masyarakat sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang. Antara tetamu kenamaan yang turut hadir adalah YB. TKM 1 Negeri Pulau Pinang, dan YDP MAIPP.


Tuesday, July 9, 2013


Thursday, June 13, 2013

LAWATAN JUN 2013 DI PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR



Agensi/Ipt/ Sekolah Tarikh

Klinik Cure & Care Bukit Mertajam 31 May - 1 Jun 2013

Lawatan Sekolah Agama Rakyat Dun Batu Maung 8 Jun 2013

Sekolah Menengah Agama Faqiah Daimiah 14 - 15 Jun 2013

Lawatan Kelab Falak Syarie Negeri Melaka 17 Jun 2013

Lawatan Baka (Bahagian Agama Dan Kaunseling Polis) 27 Jun 2013

Lawatan UITM Merbok 28 - 29 Jun 2013


Bagi permohonan lawatan ke Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh sila hantarkan permohonan kepada :

Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Tingkat 48, KOMTAR

10000 Pulau Pinang

Tel : 04-8664836 (Pusat Falak Sheikh Tahir)

Tel : 04-2632975 (Jab. Mufti Negeri Pulau Pinang)

Faks : 04-2632985

Tuesday, May 28, 2013

LAWATAN MADRASAH TARBIYATUL ISLAMIAH, BAKAU TUA, PENAGA KE PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR

27-28 MEI 2013




AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG PROGRAM


  • TAKLIMAT PENGENALAN PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR
  • TAKLIMAT PENGENALAN ASTRONOMI
  • BENGKEL JAM SURIA
  • CERAPAN MATAHARI/ LANGIT MALAM

Thursday, April 4, 2013

FALAK EDUCATION WORKSHOP: TINGKATKAN KEMAHIRAN GURU BERKAITAN TELESKOP

Encik Shahril tidak jemu berkongsi ilmu dengan guru guru

Para Guru dan urusetia program  bergambar bersama Encik Shahril pada hari  akhir Falak Education Worskhop di Anisani Resort, Nibong Tebal.
Bagi meningkatkan kemahiran penggunaan Teleskop dikalnagan guru terutama   guru  yang dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan sekolah untuk mengendalikan Kelab Falak,maka Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengambil daya usaha mengadakan Falak Education Workshop pada 1-2 April 2013 di Anisani Resort, Nibong Tebal.Objektif kursus ini diadakan adalah memberi pemahaman serta pendedahan kepada guru-guru   berkaitan alatan Teleskop.Encik Shahril yang mengendalikan laman sesawang yang popular dikalangan pencinta dunia Astronomi  di Malaysia iaitu Falak online  di jemput untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman beliau  dalam dunia astronomi serta alatan teleskop .Dalam sesi pengenalan teleskop, beliau menerangkan fungsi teleskop.Selain itu,guru juga didedahkan dengan perisian terkini serta laman sesawang yang dapat membantu mencari data atau panduan sebelum mencerap.

Friday, March 22, 2013

KEM FALAK 2013

Sesi bergambar bersama Peserta Kem Falak 2013 di Pusat Kokurikulum, Merang .
Para pelajar sedang mendengar ucapan dari Ustaz Salahuddin
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang serta Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang mengadakan Kem Falak yang melibatkan seramai 30 orang pelajar terpilih dari 10 buah sekolah angkat falak jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.Program Falak 2013  pada kali ini  diadakan di Kem Kokurikulum  Universiti Sultan Zainal Abidin( UNISZA) di Merang,Terengganu.Pelajar begitu bersemangat dan penuh minat dalam Latihan dalam Kumpulan serta lain -lain aktiviti seperti berkayak dan "Water Confidence" yang dibimbing oleh Tuan Haji Azman bin Lot,Penolong ketua Unit Kokurikulum.Pelajar juga didedahkan dengan peralatan  untuk cerapan seperti Teleskop  pada hari kedua semasa membuat lawatan ke Balai cerap Kusza yang terletak tidak jauh dari Tapak Kem.Pada hari terakhir,Tuan Haji Shuaib dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Negeri Pulau Pinang sudi untuk perasmian Penutup Kem Falak 2013 di dewan terbuka, Kem Kokurikulum  Universiti Sultan Zainal Abidin bersama Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang, Ustaz Salahuddin bin Haji Ghozali.Diakhir majlis perasmian penutup itu, Ustaz Shuib sudi memberi sijil penyertaan kepada pelajar dan kepada Urusetia yang banyak membantu Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dalam menjayakan  Kem Falak ini.

Wednesday, March 13, 2013

CERAPAN HILAL DAN KOMET PANSTARR

Matahari sebelum terbenam di ufuk Pantai Aceh.
Salah seorang pelajar USM sedang mencerap Komet Pan-starr
Pada petang 29 Rabiul Akhir 1434, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah mengadakan cerapan Hilal  bagi tujuan cerapan bukan rasmi selain dari perolehan data.Cuaca yang jerebu, memberi kesan kepada pencerap  untuk mencerap hilal.Namun begitu, jerebu "membantu"  para pencerap  dalam pengambilan imej matahari sebelum terbenam di ufuk barat di Pantai Aceh.Mengikut data yang diperolehi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, kedudukan Bulan berada di sebelah kanan pada azimuth 272 darjah 49 minit 37 saat.Seramai 20 orang Pelatih dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim ,Sungai Petani bersama kakitangan turut sama mencerap pada petang kelmarin.Cerapan berakhir pada pukul 8.00 malam.Kemunculan Komet Panstarr menambahkan kehangatan pencerap untuk mencerap dan merakam imej menggunakan Kamera DSlr masing untuk diabadikan saat indah . Komet ini mencapai jarak terdekatnya dengan Bumi, hanya  147 juta kilometer dari Bumi. Untuk menuju Bumi, komet Pan-STARRS  ratusan juta kilometer dari Bumi.Komet ini telah ditemui  pada 6 Jun 2011  dengan menggunakan  teleskop Pan-STARRS di Haleakala, Hawaii
Ustaz Jais Anuar  bersama   kakitangan Pusat Falak Sheikh Tahir  sedang mencerap .

Tuesday, February 19, 2013

Lawatan MRSM Trankrian ke Pusat Falak Sheikh Tahir

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
MRSM TRANKRIAN
KERANA SUDI BERKUNJUNG KE
PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR



               Lawatan singkat dari MRSM Transkrian pada 16 Februari 2013 sedikit sebanyak memberi satu ilmu yang berguna mengenai Balai Cerap Pusat Falak Sheikh Tahir kepada pelajar-pelajar. Rombongan seramai 70 orang ini cuba dilayan sebaiknya oleh kakitangan Pusat Falak bangi memuaskan hari pelajar-pelajar yang datang ke sini.  Program yang bermula seawal pagi dan berakhir pada tengah hari, alhamdullah kegembiraan jelas terpancar menandakan satu kegembiraan buat mereka. Semoga ilmu yang diterima menjadi satu permulaan buat mereka untuk mendalami ilmu falak.

Wednesday, February 13, 2013

Cerapan Hilal Rabiulakhir 1434H

Cerapan Hilal Rabiulakhir 1434H

Alhamdulillah hilal Rabiulakhir dapat dilihat ketika umur hilal 29 jam 28 minit di Pusat Falak Sheikh Tahir , Pantai Acheh Balik  Pulau pada 30 Rabiulawal 1434H.

Umur Hilal  : 29 jam  28 minit
Tarikh : 11 Februari 2013/ 30 Rabiulawal 1433H
Jam : 7: 55 pm

Azimut : 265 18' 58"
altitud  : 6 25' 57 "


CANON 350D , Exposure time 0/ 6' ,with ISO 1600
attached Sky Watcher Equinox


Tuesday, February 5, 2013

ILMU RUBU MUJAIYAB :KIYAI HJ OTHMAN AHMAD


Kiyai melukis rajah kedudukan matahari mengikut kaedah Rubu
Jabatan Mufti Negeri Kedah mengambil inisiatif menganjurkan kelas tafaqquh ilmu Falak dengan menjemput Kiyai Haji Othman bin Ahmad sebagai tenaga pengajar bagi pengenalan Rubu Mujaiyab.Seorang yang cintakan ilmu ,Kiyai Haji Othman gigih menengahkan kembali ilmu falak di kalangan penututnya samada di medan atau di Malaysia.Walaupun pertemuan dalam majlis ilmu yang amat singkat,ia sangat bermakna kepada peserta.Kiyai telah menjelaskan beberapa asas yang penting dalam mengendalikan Rubu Mujaiyab dan kaedah mendapatkan sesuatu hasil kiraan.Antara kaedah yang boleh dikira menggunakan alatan ini ialah seperti mendapatkan waktu semasa tempatan,arah kiblat dan kedudukan atau ketinggian sesuatu objek serta bangunan.Seramai 40 orang peserta dapat dari Pondok Al -Imaniyah Ad- Dalawiyah,Jitra serta beberapa Pegawai Falak dari Jabatan Mufti Kedah,Pulau Pinang ,Perak serta Perlis.Di akhir sesi,Kiyai menunjukan cara penggunaan alatan falak ini dengan menghitung arah kiblat.Beliau menegaskan bahawa,ukuran arah kiblat menggunakan Rubu mujaiyab lebih tepat berbanding kaedah kompas yang kebanyakannya diguna pakai oleh masyarakat awam kita untuk menentukan arah kiblat dirumah.Timbalan Mufti ,Sheikh Marwazi sudi merasmikan upacara majlis penutup serta memberi cenderamata kepada Kiyai Haji Othman sebagai tanda kenangan dan jasa beliau yang sudi memberi ilmu yang bermanafaat dan berguna kepada mereka yang dahagakan ilmu yang sekian lama menyepi  di arena ilmu serta dianggap kuno.Sesungguhnya Allah memberi Ilmu kepada hambaNYa  yang terpilih untuk diajarkan kepada mereka yang berhajat.

Kiyai Hj Othman menunjukan kaedah arah kiblat guna Rubu

Kiyai memberi tunjuk ajar guna Rubu Mujaiyab


























Thursday, January 31, 2013

MENJEJAKI ILMU FALAK DI KEDAH

Bergambar kenangan bersama Kiyai Haji Othman Bin Ahmad (Tiga dari kanan)   
Dengan bersandarkan  hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud "Menuntut Ilmu itu adalah satu  tuntuatan Fardhu Ain" Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang  dengan jabatan Mufti Negeri Kedah telah  berkunjung ke Pondok  Madrasah Al -Imaniyah Ad- Dalawiyah, Jitra ,Kedah  atau lebih dikenali Pondok Buluh Nipis dimana kami berkesempatan bertemu dan mempelajari serba sedikit  ilmu falak berkaitan Rubuk Mujaiyab yang diajar oleh Kiyai Haji Othman bin Ahmad di madrasah tersebut.Walaupun kunjungan yang singkat tetapi sungguh bermakna bagi kami sebagai pendahuluan untuk mendalami ilmu yang hampir dilupakan oleh segelintir masyarakat islam kita.Justeru itu, pihak madrasah terpanggil  untuk menyuburkan kembali ilmu falak di kalangan pelajarnya.Kiyai Haji Othman  mengajar beberapa tajuk yang berkaitan Rubu Mujaiyab dan antara buku yang digunakan oleh pelajarnya   ialah seperti " Khulasoh Al-Jadwal al -Ijtimak Wal Istiqbal al Khusuf  wal Kusuf" dan "Taqrib Maqsad Fil Amal bil Rubu' Mujaiyab".Dengan harapan yang meninggi ,kami menadah tangan  Semoga Allah memberi kekuatan kepada Kiyai Haji Othman dalam meneruskan kelangsungan ilmu pada mereka yang dahagakan ilmu yang tidak ternilai ini.
Tempat pengajian  falak di pondok Madrasah Al -Imaniyah Ad- Dalawiyah, Jitra ,Kedah Darul Aman

Wednesday, January 2, 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2013

       Warga Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menyucapkan Selamat Menyambut tahun 2013. Semoga pada tahun baru ini memberi lambaran baru kepada team falak penang untuk meneruskan dakwah dalam menyebarkan ilmu falak kepada masyarakat umum. Semoga apa yang akan kami sampaikan mendapat keredhaan Allah taala. Insyallah pada tahun ini pelbagai aktiviti akan dijalankan dan segala kekurangan pada tahun lepas dapat diperbaiki pada tahun ini.

PERALATAN FALAK