Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Thursday, January 31, 2013

MENJEJAKI ILMU FALAK DI KEDAH

Bergambar kenangan bersama Kiyai Haji Othman Bin Ahmad (Tiga dari kanan)   
Dengan bersandarkan  hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud "Menuntut Ilmu itu adalah satu  tuntuatan Fardhu Ain" Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang  dengan jabatan Mufti Negeri Kedah telah  berkunjung ke Pondok  Madrasah Al -Imaniyah Ad- Dalawiyah, Jitra ,Kedah  atau lebih dikenali Pondok Buluh Nipis dimana kami berkesempatan bertemu dan mempelajari serba sedikit  ilmu falak berkaitan Rubuk Mujaiyab yang diajar oleh Kiyai Haji Othman bin Ahmad di madrasah tersebut.Walaupun kunjungan yang singkat tetapi sungguh bermakna bagi kami sebagai pendahuluan untuk mendalami ilmu yang hampir dilupakan oleh segelintir masyarakat islam kita.Justeru itu, pihak madrasah terpanggil  untuk menyuburkan kembali ilmu falak di kalangan pelajarnya.Kiyai Haji Othman  mengajar beberapa tajuk yang berkaitan Rubu Mujaiyab dan antara buku yang digunakan oleh pelajarnya   ialah seperti " Khulasoh Al-Jadwal al -Ijtimak Wal Istiqbal al Khusuf  wal Kusuf" dan "Taqrib Maqsad Fil Amal bil Rubu' Mujaiyab".Dengan harapan yang meninggi ,kami menadah tangan  Semoga Allah memberi kekuatan kepada Kiyai Haji Othman dalam meneruskan kelangsungan ilmu pada mereka yang dahagakan ilmu yang tidak ternilai ini.
Tempat pengajian  falak di pondok Madrasah Al -Imaniyah Ad- Dalawiyah, Jitra ,Kedah Darul Aman

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK