|
Kiyai melukis rajah kedudukan matahari mengikut kaedah Rubu |
Jabatan Mufti Negeri Kedah mengambil inisiatif menganjurkan kelas tafaqquh ilmu Falak dengan menjemput Kiyai Haji Othman bin Ahmad sebagai tenaga pengajar bagi pengenalan Rubu Mujaiyab.Seorang yang cintakan ilmu ,Kiyai Haji Othman gigih menengahkan kembali ilmu falak di kalangan penututnya samada di medan atau di Malaysia.Walaupun pertemuan dalam majlis ilmu yang amat singkat,ia sangat bermakna kepada peserta.Kiyai telah menjelaskan beberapa asas yang penting dalam mengendalikan Rubu Mujaiyab dan kaedah mendapatkan sesuatu hasil kiraan.Antara kaedah yang boleh dikira menggunakan alatan ini ialah seperti mendapatkan waktu semasa tempatan,arah kiblat dan kedudukan atau ketinggian sesuatu objek serta bangunan.Seramai 40 orang peserta dapat dari Pondok Al
-Imaniyah Ad- Dalawiyah,Jitra serta beberapa Pegawai Falak dari Jabatan Mufti Kedah,Pulau Pinang ,Perak serta Perlis.Di akhir sesi,Kiyai menunjukan cara penggunaan alatan falak ini dengan menghitung arah kiblat.Beliau menegaskan bahawa,ukuran arah kiblat menggunakan Rubu mujaiyab lebih tepat berbanding kaedah kompas yang kebanyakannya diguna pakai oleh masyarakat awam kita untuk menentukan arah kiblat dirumah.Timbalan Mufti ,Sheikh Marwazi sudi merasmikan upacara majlis penutup serta memberi cenderamata kepada Kiyai Haji Othman sebagai tanda kenangan dan jasa beliau yang sudi memberi ilmu yang bermanafaat dan berguna kepada mereka yang dahagakan ilmu yang sekian lama menyepi di arena ilmu serta dianggap kuno.Sesungguhnya Allah memberi Ilmu kepada hambaNYa yang terpilih untuk diajarkan kepada mereka yang berhajat.
|
Kiyai Hj Othman menunjukan kaedah arah kiblat guna Rubu |
|
Kiyai memberi tunjuk ajar guna Rubu Mujaiyab |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment