Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Tuesday, October 11, 2011

FENOMENA OKTOBER 2011

6-10 Oktober 2011
Hujan Meteor Draconids

Bulan  ini, dijangkakan akan berlaku letusan  meteor yang banyak. Kiraan awal menunjukkan Bumi akan melintasi  kawasan debu Komet 21P/Giacobini-Zinner yang padat kali ini. Sekitar 2  meteor seminit dijangka dapat dilihat. Radiant di dalam buruj Draco. Bulan  hampir penuh ketika ini dan berada di langit hampir sepanjang malam.

 21- 22 Oktober 2011
Hujan Meteor  Orionids

 Hujan meteor ini dapat dilihat sehingga 20 meteor sejam dari kawasan buruj Orion ( Belantik) .Hujan meteor ini dianggarkan dapat dilihat dari 20 – 24 Oktober, namun berdasarkan rekod 21 Oktober adalah tarikh kemuncaknya.
* pada 21 Okt bulan terbit pada pukul 2 pagi  dan berkemungkinan meteor ini dapat dilihat, bergantung keadaan cuaca.


29 Oktober 2011
Opposisi Musytari

Planet Musytari akan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi pada waktu itu.Situasi ini amat sesuai untuk melakukan astrofotografi

PERALATAN FALAK