|
TUGU ARAH MATA ANGIN DI SEKOLAH PENGKALAN JAYA |
|
Encik Zulhelmi menerangkan sesuatu kepada pelajar |
|
Latihan falak 5 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya Tasek Gelugor berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang cukup baik dari guru mahupun pihak Sekolah dalam pendedahan ilmu falak kepada pelajar sekolah tersebut.Program yang mensasarkan penglibatan guru derta pelajar dalam projek membuat arah mata angin dihalaman berdekatan perjalan kaki dapat memberi impak yang positif dalam melahirkan pelajar yang peka dengan ilmu falak. Selain dari itu, pendedahan ilmu dari segi pameran turut juga diadakan diruang legar bangunan sekolah .Pelajar atau guru dapat mengambil maklumat yang berkaitan dengan ilmu falak atau astronomi melalui alatan dan sudut tokoh ilmuwan falak yang terkenal dari zaman kemuncak kegemilangan islam hingga tokoh ilmuwan falak Malaysia terkini seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Tuan Haji Ahmad Khair Taib dan Tuan Haji Abdul Ghani Salleh.Pelajar juga didedahkan dengan kaedah pengukuran masa menggunakan Jam matahari.Dengan pembelajaran yang praktikal,dibantu dengan kaedah teori,pelajar dapat menggunakan jam matahari tersebut untuk mengukur masa sendiri.Harapan dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang kepada pihak Sekolah yang terlibat supaya dapat mengadakan pelbagai program yang berkaitan dengan astronomi supaya dapat melahirkan pelajar yang celik falak serta menjadi pelapis dalam meneruskan ilmu falak ini pada masa akan datang .