Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Thursday, September 20, 2012

LAFAL 5- latihan Falak di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya


TUGU ARAH MATA ANGIN DI SEKOLAH PENGKALAN JAYA
Encik Zulhelmi menerangkan sesuatu kepada pelajar 
Latihan falak 5  di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya Tasek Gelugor berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang cukup baik dari guru mahupun pihak Sekolah    dalam pendedahan ilmu falak kepada pelajar sekolah tersebut.Program yang  mensasarkan penglibatan guru derta pelajar dalam projek membuat arah mata angin dihalaman  berdekatan perjalan kaki dapat memberi impak yang positif dalam melahirkan pelajar yang peka dengan ilmu falak. Selain dari itu, pendedahan ilmu dari segi pameran turut juga diadakan diruang legar bangunan sekolah .Pelajar atau guru dapat mengambil maklumat yang berkaitan dengan ilmu falak atau astronomi melalui alatan dan sudut tokoh ilmuwan falak yang terkenal dari zaman kemuncak kegemilangan islam hingga tokoh ilmuwan falak Malaysia terkini seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Tuan Haji Ahmad Khair Taib dan Tuan Haji Abdul Ghani Salleh.Pelajar juga didedahkan dengan kaedah pengukuran masa menggunakan Jam matahari.Dengan pembelajaran yang praktikal,dibantu dengan  kaedah teori,pelajar dapat menggunakan jam matahari tersebut untuk mengukur masa sendiri.Harapan dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang kepada pihak Sekolah yang terlibat supaya dapat  mengadakan pelbagai program yang berkaitan dengan astronomi supaya dapat melahirkan pelajar yang celik falak serta menjadi pelapis dalam meneruskan ilmu falak ini pada masa akan datang .

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK