Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang telah mengadakan Hari Terbuka Pusat Falak Sheikh Tahir untuk memberi peluang kepada masyakat setempat sekitar daerah Balik Pulau mengenali lebih dekat .Objektif Hari Terbuka yang diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada orang awam peranan dan fungsi yang telah disumbangkan oleh Pusat Falak Sheikh Tahir dalam menyemarakan ilmu falak di Pulau Pinang.Selain diketahui umum, Pusat Falak Sheikh Tahir adalah salah satu tempat rasmi cerapan Hilal bagi bulan rasmi
( Ramadan,Syawal dan Zulhijjah),ia merupakan stesen kajian data bagi NASA ( National Aeornautic Space Administration) bagi kawasan semenanjung Malaysia selain di Kuching,Sarawak. Tujuan alat tersebut dipasang adalah untuk tujuan pengukuran kandungan zarah udara secara khusus di kawasan Pulau Pinang .Program dimulai dengan Pertandingan mewarna oleh kanak-kanak dari Pusat Asuhan Islam kawasan sekitar Baik Pulau .Seramai 30 orang pelajar bersama 4 guru pengiring turut sama mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang menawarkan hadiah serta saguhati kepada mereka yang kurang bernasib baik.Penyampaian hadiah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang, Ustaz Salahuddin bin Haji Ghozali. Antara aktiviti lain yang dijalankan seperti pertandingan mencipta dan melancarkan Roket Air, cerapan matahari serta Tayangan Ilmiah kepada pengunjung yang ingin mengetahui isu semasa dalam dunia astronomi.Muzium Galeri Tengku Fauziah turut sama mengambil bahagian dengan membawa batu meteoroid yang dijumpai di Lenggong serta pameran yang menarik dan unik.Semoga usaha yang murni ini dalam mengilmukan masyarakat melalui medium yang berbagai bentuk dapat dilestari pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment