Alhamdulillah, pada 8 Julai 2013 (Isnin) Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 
1434H telah diadakan di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Balik 
Pulau, Pulau Pinang.
             Program Cerapan dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan 
oleh Ustaz Syazalie Herman Bin Ahmad Najib, diteruskan dengan taklimat 
Cerapan Hilal Ramadan oleh Dr. Abd Halim Bin Abd Aziz kepada semua Ahli 
Jawatankuasa Rukyah Negeri. Tepat jam 07.15 malam Cerapan Hilal Ramadan 
dimulakan.
            Seramai seratus orang pengunjung menghadiri program Cerapan ini, yang
 terdiri daripada pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang serta 
masyarakat sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang. Antara tetamu kenamaan 
yang turut hadir adalah YB. TKM 1 Negeri Pulau Pinang, dan YDP MAIPP.
Pages
INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012
Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan  SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info  falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Wednesday, July 10, 2013
Tuesday, July 9, 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)



