Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Wednesday, February 17, 2010

Jelajah 'Langkawi National Observitory'

      Kembara krew falakpenang telah sampai ke Lokasi yang ingin dituju 'Pulau Langkawi' untuk menimba ilmu dalam bidang pengimejan dan pemprosesan gambar astronomi bersama-sama En Kayzack di Observatori Negara Langkawi  yang berlangsung pada 3-7 Februari 2010 yang lalu.Turut terlibat dalam menjayakan bengkel ini adalah krew MGTF USM dimana hasil program ini sedikit sebanyak telah dapat menjana pengetahuan berkaitan bengkel yang telah dijalankan .Tergamam seketika ketika melihat penggunaan ccd kamera yang canggih di observitori dan peralatan berteknologi tinggi.
      kembara dilangkawi diteruskan lagi aktiviti-aktiviti cerapan di SK kadawang,Pantai Kok dan Dataran Lang..


Aktiviti cerapan matahari yang di cerap di Pantai Kok.




            'terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan  kerjasama kepada
krew falakpenang & MGTF USM'


                                                                                     

PERALATAN FALAK