Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Thursday, June 7, 2012

Transit Terakhir Venus Bagi Abad Ini

Para pengunjung tidak sabar untuk melihat Transit Zuhrah
6 June 2012 :Peristiwa transit Venus atau transit Planet Zuhrah berlaku kali terakhir dalam abad ini pada tahun 2004 yang lalu berlaku sekali lagi kelmarin.Atas inisiatif bagi memberi peluang kepada orang awam yang belum melihat fenomena ini,Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang serta lain -lain agensi seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang menganjurkan acara besar-besaran dengan mengadakan menganjurkan berbagai- bagai aktiviti seperti cerapan,pertandingan astrofotografi,bengkel water roket,ceramah dan lain-lain  lagi.Pada awal 7.00 pagi ,para petugas dari agensi kerajaan serta peminat astronomi sudah bersedia dengan kelengkapan teleskop masing-masing berada di tapak cerapan yang berhadapan rumah tetamu Universiti Sains Malaysia.Planet Venus mula dapat dilihat dengan menggunakan teleskop yang boleh menapis cahaya matahari ( filter) melintasi matahari pada awal pukul  jam 6.09 pagi, ia berada di fasa maksimum pada jam 9.29 pagi dan berakhir jam 12.49 tengah hari.Fenomena ini juga disaksikan di seluruh dunia.Walaupun pada awal pagi hujan lebat,ia tidak melunturkan semangat para pengunjung untuk melihat  fenomena yang jarang sekali dapat dilihat apatah lagi fenomena ini berlaku 2 kali dalam 100 tahun.Dianggarkan seramai 500 orang pengunjung turut serta dalam cerapan tersebut.Para pengunjung juga diberi peluang mengambil peluang untuk mengambil imej transit dengan menggunakan teleskop selain dari melihat sendiri melalui paparan secara terus di layar putih.Berikut adalah antara imej transit zuhrah  yang sempat dirakam  dan suasana cerapan  sepanjang transit Venus.


lintas langsung dari Mauna Loa Explotarium, Hawai dipaparkan kepada pengunjung

Gambar diambil secara terus menggunakan kamera DSLR Canon

Lintasan  Venus ini juga dapat dilihat mnggunakan binokolar yang ada penuras matahari

En Aizuan menggayakan aksi seperti menyentuh Planet Zuhrah

Teleskop jenis Dubsonian kepunyaan salah seorang peminat Astronomi

Tuesday, June 5, 2012

Program Gerhana Bulan Separa di Masjid Daerah SPT

4 Jun 2012 Program Cerapan Gerhana Bulan Separa di Masjid Daerah Seberang Perai Utara menarik minat penduduk di situ untuk tidak melepaskan peluang melihat Gerhana Bulan Separa . Fenomena ini telah bermula dan  mengalami fasa gerhana pada jam 6.00 petang lagi, tetapi pada keadaan itu bulan masih di bawah ufuk..Alhamdulillah team falak penang sempat mengambil gambar gerhana sekitar jam 8.20 malam.
Program yang berlangsung disertakan solat gerhana bulan, pameran dan sedikit jamuan malam. Program ini diakhiri dengan Talk show tentang astronomi dan gerhana bulan oleh Prof madya Dr Abdul Halim B Abd Aziz dari Universiti Sains Malaysia.
       Persiapan cerapan gerhana pada petang program

                                                                              Bulan ketika berlaku gerhana

PERALATAN FALAK