Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Tuesday, June 5, 2012

Program Gerhana Bulan Separa di Masjid Daerah SPT

4 Jun 2012 Program Cerapan Gerhana Bulan Separa di Masjid Daerah Seberang Perai Utara menarik minat penduduk di situ untuk tidak melepaskan peluang melihat Gerhana Bulan Separa . Fenomena ini telah bermula dan  mengalami fasa gerhana pada jam 6.00 petang lagi, tetapi pada keadaan itu bulan masih di bawah ufuk..Alhamdulillah team falak penang sempat mengambil gambar gerhana sekitar jam 8.20 malam.
Program yang berlangsung disertakan solat gerhana bulan, pameran dan sedikit jamuan malam. Program ini diakhiri dengan Talk show tentang astronomi dan gerhana bulan oleh Prof madya Dr Abdul Halim B Abd Aziz dari Universiti Sains Malaysia.
       Persiapan cerapan gerhana pada petang program

                                                                              Bulan ketika berlaku gerhana

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK