Program sehari bersama Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang telah berjaya hasil kerjasama serta persefahaman dengan pihak Masjid Sungai Semilang ,Seberang Jaya, Pulau Pinang.Program ini diadakan selama 2 hari ( 25-26 Mei 2012) yang bermula sebelum solat Jumaat sehingga Sabtu pagi dengan dimuatkan berbagai program .Antaranya pameran dari agensi kerajaan yang dijemput seperti Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kelab Remaja Lestari ( KRL Negeri Pulau Pinang ).Selain itu, program yang berunsurkan Ilmu turut diatur selaras dengan matlamatnya bagi mengilmukan masyarakat. Bengkel Pengiraan Arah kiblat juga diadakan dan sesi malamnya pula diadakan majlis Ilmu berkaitan Hukum Hudud dengan merujuk kepada Kitab Matla' ul Badrain yang disampaikan Sahibul Fadhilah Dato Hj Mohd Salleh b Hj Ahmad (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang) .Diakhir program sesi cerapan turut diadakan dengan menggunakan alat Teleskop di ruang letak kereta.Para jemaah yang hadir tidak mahu melepaskan peluang dengan melihat objek langit seperti bulan , planet Zuhal dan lain objek.Sambil langit yang cerah tanpa halangan awan yang tebal, para jemaah berkongsi pengalaman bersama petugas petugas dari bahagian falak dan sumber maklumat, Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang.
|
Ustaz Ahmad Yusof sedang menerangkan sesuatu sesama Bengkel Pengiraan Arah kiblat |
|
|
Para pengunjung dapat melihat objek langit menggunakan alatan teleskop yang dibawa oleh bahagian falak dan sumber maklumat ,Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang . |
|
Pameran dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. |