Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, December 27, 2010

HIJRAH 2011/1432H

                   
                     Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.
                     Hijrah amat terkenal di kalangan umat Islam kerana ia berkait rapat dengan peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah dan juga merupakan tarikh permulaan pengiraan tahun Islam. Hijrah lahiriah atau perpindahan badan dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu negeri ke negeri yang lain merupakan sesuatu yang mudah dilakukan oleh manusia. Sememangnya manusia kerap berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan yang tertentu. Saidina Jaafar ibn Abi Talib dengan rombongannya telah berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan diri dari tekanan pihak musyrikin Quraisy yang begitu dahsyat. Ramai para sahabat r.a selepas itu telah berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan akidah mereka dari diancam oleh musyrikin Mekah.

selanjutnya..http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=492


 

PERALATAN FALAK