19 Mac 2011- Dari tahun 1992 kini fenomena ini beralih kembali.Fenomena bulan paling hampir dengan bumi( lunar perigee @ Supermoon) iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.
Dikatakan pada kejadian ini akan berlaku bencana alam.Mengikut pakar Astrologi Amerika Syarikat ,Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, letusan gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.
Bagaimanapun itu tidak semestinya betul kerana harus difahami bahawa astrologi mempunyai sedikit perbezaan dengan astronomi. Astrologi bukanlah ilmu pengetahuan yang nyata, tetapi hanya membuat hubungan antara peristiwa astronomi dan mistik. Sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon.
Cuma yang berkaitan dengan air pasang besar itu mungkin pasti kerana fenomena pasang surut berkait rapat dengan tarikan graviti bulan dan Bumi.
apapun kita saksikan pada tarikh 19 mac 2011..semoga kita dilindungi Allah S.W.T daripada sebarang musibah bencana.....amin..
Pages
INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012
Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Wednesday, March 16, 2011
Tuesday, March 15, 2011
fenomena Vernal Equinox
Fenomena ini berlaku pada kedudukan 0 darjah garisan khatulistiwa dimana kedudukannya berada di Bandar Pontianak ,Indonesia.Kejadiaan yang berlaku di antara 21-23 mac ini merupakan fenomena yang akan berlaku pada setiap tahun.Pada keadaan ini kedudukan matahari tidak akan kelihatan.Kejadian yang sama akan berlaku di Malaysia dianggarkan 2 minggu selepas kejadian di Pontianak.Ini kerana kedudukan Malaysia yang berada 5 darjah dari titik Equinox.
Pada tahun ini team Falak Penang dari Jabatan Mufti Pulau Pinang akan membuat penerbangan ke sana bagi menyaksikan fenomena ini.Diharapkan rombongan ini selamat sampai dan dapat merakamkan fenomena ini buat hadiah kepada kami di Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang....
Pada tahun ini team Falak Penang dari Jabatan Mufti Pulau Pinang akan membuat penerbangan ke sana bagi menyaksikan fenomena ini.Diharapkan rombongan ini selamat sampai dan dapat merakamkan fenomena ini buat hadiah kepada kami di Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang....
Subscribe to:
Posts (Atom)