|
Sesi bergambar bersama Peserta Kem Falak 2013 di Pusat Kokurikulum, Merang . |
|
Para pelajar sedang mendengar ucapan dari Ustaz Salahuddin |
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang serta Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang mengadakan Kem Falak yang melibatkan seramai 30 orang pelajar terpilih dari 10 buah sekolah angkat falak jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.Program Falak 2013 pada kali ini diadakan di Kem Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin( UNISZA) di Merang,Terengganu.Pelajar begitu bersemangat dan penuh minat dalam Latihan dalam Kumpulan serta lain -lain aktiviti seperti berkayak dan "Water Confidence" yang dibimbing oleh Tuan Haji Azman bin Lot,Penolong ketua Unit Kokurikulum.Pelajar juga didedahkan dengan peralatan untuk cerapan seperti Teleskop pada hari kedua semasa membuat lawatan ke Balai cerap Kusza yang terletak tidak jauh dari Tapak Kem.Pada hari terakhir,Tuan Haji Shuaib dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Negeri Pulau Pinang sudi untuk perasmian Penutup Kem Falak 2013 di dewan terbuka, Kem Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin bersama Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang, Ustaz Salahuddin bin Haji Ghozali.Diakhir majlis perasmian penutup itu, Ustaz Shuib sudi memberi sijil penyertaan kepada pelajar dan kepada Urusetia yang banyak membantu Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dalam menjayakan Kem Falak ini.
No comments:
Post a Comment