Perkataan "astro' adalah berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud
" berkaitan dengan bintang ".Kini astronomi ialah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian bulan dan bintang bahkan lebih dari itu ,galaksi, planet, jirim yang terkandung didalam bintang, nova, supernova, nebula, pulsar dan apa jua jasad yang terdapat di angkasa lepas .Ada setengah berpendapat bahawa ilmu astronomi itu adalah berkaitan dengan menilik nasib dengan melihat gugusan bintang atau buruj. Sebenarnya pendapat itu, meleset sama sekali. Sebenarnya ilmu tersebut dipanggil Astrologi .Astronomi adalah ibu kepada sains jitu (exact Science), banyak memberi faedah . Dengan hanya melihat serta mengetahui bintang Polaris( Utara ) dan buruj Orion ( Barat ) manusia dapat mengenal pasti kedudukan dan arah boleh ditentukan dengan tepat. Ini memberi kemudahan kepada nelayan dan mereka yang dalam pelayaran. Buruj yang dikaitkan dengan sesuatu musim digunakan sebagai panduan untuk memulakan semaian, mengeringkan hasil tuaian seperti gandum atau padi dan sebagainya.
|
Bulan adalah satelit semulajadi dan pengimbang bagi Bumi kita. |
Bagi golongan ahli fizik, bintang -bintang merupakan makmal yang sungguh hebat di mana berlakunya berbagai-bagai interaksi nuklear tenaga tinggi dalam keadaan yang tidak mungkin dapat diwujudkan di makmal -makmal buatan manusia .Keadaan seperti suhu ,medan magnet serta graviti yang terhasil mungkin dapat dilihat didalam makmal-makmal.Oleh itu, ahli astrofizik senantiasa membuat cerapan terhadap cakerawala untuk mengesan bahan bahan dan sinaran yang dapat menyumbangkan sesuatu dalam memahami undang -undang fizik atau sunnatul Allah ( hukum -hukum Allah ) .Mempelajari planet yang ada dalam sistem matahari kita ini akan dapat memberi iktibar tentang perlunya manusia tidak membuat kerosakan ( fasad di bumi ini).Kewujudan tamadun di Planet Venus dikatakan tidak mugkin terjadi dan wujud disebabkan oleh atmosferanya dipenuhi dengan karbon dioksida! Setengah planet pula hanya dipenuhi dengan batuan sahaja dan tidak mempunyai ruang udara. Itu lah yang akan berlaku kepada Bumi sekiranya manusia tidak berdamai atau tidak menghormati bumi dengan melakukan pencemaran udara,penebangan pokok serta sungai yang dicemari pelbagai bahan yang merbahaya. Ini memberi kesan kepada "rumah hijau " dan kesan -kesan lain mungkin boleh berlaku menyebabkan bumi sudah tidak boleh dihuni lagi..bersambung..
No comments:
Post a Comment