Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Wednesday, January 25, 2012

Astronomi di Benua Islam

Diantara zaman Ptolemy dan zaman Copernicus, dalam satu jangkamasa melebihi seribu tahun, perkembangan astronomi adalah tidak menggalakkan di benua Eropah. Sebaliknya, di tanah Islam pula, banyak progres yang penting telah berlaku di antara kurun ke-9 dan kurun ke-11 didalam bidang peralatan matematik astronomi dan cerapan langit.

Maka bermulalah zaman kegemilangan astronomi Islam dibawah pentadbiran Khalifah Al-Rashid dan anaknya Al-Mamun. Kedua-duanya menggalakkan usaha saintifik dan budaya dalam pentadbiran empayarnya. Dalam masa pentadbirannya di Bagdad, antara tahun 813 dan 833, Khalifah Al-Mamun telah menapakkan satu perpustakaan yang terbesar sejak zaman Alexandria, yang dipanggil “The House of Wisdom”. Dia juga telah mengasaskan satu balai cerap tetap yang pertama di dunia.
Satu tokoh yang terkemuka dalam kurun ke-9 ialah seorang intelektual berbangsa Farsi yang dipanggil Al-Khawarizmi. Dia telah menulis sebuah buku pertama mengenai Algebra yang dipanggil “Hisab al-jabr w’al-muqabala”, sambil memperkenalkan disiplin ini. Dia memperkenalkan dan menyebarkan penggunaan nombor yang kita gunakan sekarang ini. Sumbangan utamanya terhadap astronomi adalah dalam bentuk buku Sindhind zij yang berdasarkan astronomi India, dimana terdapat jadual kedudukan Matahari, Bulan dan planet-planet. Dia juga telah mengkaji berbagai aspek, dari gerhana sehingga fasa-fasa bulan.
Hampir pada zaman yang sama, pakar astronomi berbangsa Farsi bernama Al-Farghani telah menulis sebuah buku unsur-unsur astronomi yang dipanggil “Kitab fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum”. Ia merupakan satu usaha berdasarkan astronomi Ptolemy. Dia juga memperkenalkan beberapa pandangan baru termasuk precession yang melibatkan kedudukan nyata, bukan saja planet-planet, malahan bintang-bintang juga. Usaha ini memainkan peranan penting di Eropah Barat apabila ia diterjemahkan kedalam bahasa Latin dalam kurun ke-12.
Satu kuadran astrolabe (Damas, Siria, 1333-34). Kredit : British Museum
Dipenghujung kurun ke-9, tokoh yang terpengaruh ialah seorang pakar astronomi Arab yang bernama Al-Battani. Ia mencerap langit dari Syria dan telah membuat beberapa ukuran pada kepersisan amat tinggi buat zaman tersebut. Dia juga telah menentukan jangkamasa satu tahun solar, ukuran precession ekuinoks dan kecondongan dataran ecliptik. Dia juga mengambil kesempatan untuk mengasaskan satu katalog mengandungi 489 bintang-bintang. Dari pandangan yang lebih teoritikal pula, usaha utamanya yang ditulis di dalam Kitab al-Zij, adalah amat penting sebab ia memperkenalkan buat pertama kali trigonometri didalam penyelidikan langit. Pendekatan cara baru ini terbukti lebih berkuasa dari kaedah geometri Ptolemy. Buku ini telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin didalam kurun ke-12. Ia telah mempengaruhi tokoh-tokoh utama dari Eropah dalam kurun ke-16 hingga ke-17.
Dalam tahun 994, pakar astronomi Al-Khujandi, yang berasal dari Tadjikistan (nama sekarang), telah mencipta satu sextant dinding yang amat besar di Balai Cerap Ray berhampiran dengan Tehran. Ia merupakan satu alat yang pertama yang membolehkan sudut diukur dengan lebih persis. Alat ini digunakannya terutamanya untuk mengukur kecondongan dataran ekliptik dengan lebih persis.
Hampir pada masa yang sama, muncul seorang cendekiawan bernama Al-Biruni, berasal dari kawasan lautan Aral. Seperti tokoh-tokoh sebelumnya, dia berminat dalam beberapa bidang termasuk matematik dan geografi. Dalam astronomi, dia terkenal bukan saja disebabkan usaha cerapan bulan dan gerhana, malahan juga pendekatan secara moden dalam kaedah eksperimennya terutamanya dalam analisis kiraan ralatnya dan juga kiraan Al-Khujandi.
Astrolabe Satu astrolabe yang dibuat daripada tembaga kuning (Ispahan, Iran, 1712). Kredit : British Museum
Dalam kurun ke-11, seorang tokoh berbangsa Farsi bernama Omar Khayyam, yang pada masa tersebut terkenal didalam bidang sajak, juga berminat dalam beberapa bidang lain, terutamanya bidang algebra dan astronomi. Dia telah mencipta jadual astronomi baru yang istimewa disebabkan ukuran tahun solar pada tahap kepersisan yang tertinggi buat masa itu.
Zaman kegemilangan astronomi di tanah Islam ini berakhir dalam kurun ke-12. Hasil usaha zaman gemilang ini, sedikit demi sedikit telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin, terutamanya di Toledo Sepanyol, lalu tersebar di seluruh benua Eropah. Melalui terjemahan tersebutlah tokoh-tokoh intelektual Eropah, dipenghujung zaman pertengahan, mengkaji semula teori Ptolemy dan mempelajari perkembangan astronomi hasil sumbangan dunia muslim.

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK