Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Thursday, January 26, 2012

LAWATAN UITM MERBOK KEDAH

           13-14 Januari 2012  Pembuka tirai lawatan pertama UITM Merbok Kedah ke Pusat Falak Sheikh Tahir .Seramai 40 orang pelajar an 2 orang pensyarah pengiring telah disambut oleh kakitangan Bahagian Falak dan Sumber Maklumat.

           Pelbagai program telah disusun ,diantaranya Pengenalan Pusat Falak, Pengenalan Astronomi, Cerapan Langit Malam,Penerangan Peralatan Cerapan dan Falak dan Demo Roket Air. Aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan semoga apa yang disampaikan dapat diterima baik oleh pelajar-pelajar.




Target tercapai.

         

 
     

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK