Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Thursday, January 26, 2012

RIBUT SURIA TERBESAR MELANDA

                Letusan ribut suria di permukaan matahari tidak jejaskan sistem perhubungan di Malaysia.
Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomegnetik yang memberi gangguan kepada sistem komunikasi radio dan radar,sistem satelit dan sistem navigasi seperti kompas berpandukan kepada magnetik bumi, selain fenomena aurora di kutub utara dan selatan.


                 Kesan ini menjadi ketara pada latitud tinggi  yang melebihi 35 darjah ke atas termasuk Russia Amarika Syarikat dan Eropah yang menjadi laluan medan magnet bumi.Gangguan akan berlaku pada sistem satelit dan angkasawan yang berada di angkasa lepas serta masalah komunikasi untuk kapal terbang dalam penerbangan.


Sumber rujukan
Berita Harian.

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK