Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Tuesday, May 22, 2012

TAFAQUH FIL ILMI FALAK SIRI 2:MENGENALI BURUJ DAN MANZILAH

Sahibul Fadhilah Ustaz Salahuddin menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Hanafiah di akhir kursus.
Pada tahun ini, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang sekali lagi menganjurkan Tafaqquh fil Ilmi Falak selama 2 hari pada 8 -10 Mei 2012  di Pusat Produktiviti Malaysia cawangan utara di Kepala Batas, Seberang Perai Utara.yang telah masuk tahun kedua dengan menjemput Tuan Haji Mohd Hanafiah bin Abd Razak dari Bahagian Falak,Jabatan Mufti Negeri Johor sebagai penceramah .Objektif utama dalam Kursus ini adalah memperkenalkan ilmu buruj serta manzilah yang mempunyai banyak faedah sekiranya dapat memahami serta dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Kupasan serta huraian dari Ustaz Hanafiah yang mempunyai latarbelakang pengajian berdasarkan kitab turath  serta  pengalaman beliau di Mekah al Mukarammah banyak dapat dikongsi bersama Guru- guru pembimbing Kelab Angkat Falak.Selain itu, peserta dari jabatan Mufti negeri lain seperti Jabatan Mufti Negeri Perak, Kedah serta Perlis turut sama hadir untuk menimba ilmu serta berbincang berkaitan isu falak terkini.Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Salahuddin bin Hj Ghozali,Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang serta penyerahan sijil penyertaan kepada guru -guru serta pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Perak ,Kedah serta Perlis .Dalam intisari ucapan perasmian  penutup oleh ustaz Salahuddin beliau berharap ilmu ini dapat di sampaikan kepada pelajar disekolah masing -masing serta dapat mengadaptasikan ilmu ini dalam bentuk alatan ataupun amali seperti cerapan dan sebagainya.

Ustaz Faizal dari Jabatan Mufti Perak sedang menerima  sijil  kursus dari Us Salahudin 

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK