Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, July 25, 2011

DATA CERAPAN HILAL RAMADHAN 1432H

Awal bulan (9) Ramadhan 1432 :

Ijtimak awal Ramadhan :
31 Julai 2011, jam 2j 39m 46s (GMT: 8)Lokasi : Pusat Falak Sheikh Tahir
Pada hari rukyah,
29hb Syaaban 1432 = 31 Julai 2011
,
  1. Matahari terbenam: 19j 36m 21s (GMT: 8)
  2. Bulan terbenam: 20j 00m 46s
Ketika matahari terbenam:-
  1. Altitud bulan: 5.57° (5° 33' )
  2. Jarak lengkuk: 9.17° (9° 10' )
  3. Azimut bulan: 281.22° (281° 12' 56")
  4. Azimut matahari: 288.52° (288° 31' 14")
  5. Susulan lama: 0jam 24minit 24saat
  6. Umur bulan : 16.94jam
  7. Peratus cahaya (fasa): 0.71%
  8. SD : 0° 16' 11"
  9. Jarak bulan-bumi : 368784 km
Hilal Ramadhan 1432 memenuhi kriteria kebolehnampakan dari lokasi Pusat Falak Sheikh Tahir. Bilangan hari sebenar dalam takwim adalah berdasarkan ketetapan pihak berkuasa.

1 comment:

  1. Kepada yang bekelapangan dijemput ke Pusat Falak Sheikh Tahir untuk menyaksikan cerapan hilal rasmi Ramadhan

    ReplyDelete

PERALATAN FALAK