Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Tuesday, October 16, 2012

CERAPAN HILAL ZULHIJJAH 1433

 Yang Amat Arif  Ketua hakim Syarie, Dato Yusof  bin Musa mengetuai cerapan hilal zulhijjah 1433 di Pusat Falak Sheikh  Tahir bersama ahli jawatankuasa rukyah negeri Pulau Pinang.Antara yang hadir dalam cerapan petang kelmarin yang bermula dari pukul 6.30 petang sehingga 7.30 petang itu terdiri Dato Sazali b Hussein, Pengarah jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Prof Dr Abdul Halim bin Abd AZiz (Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atsmosfera,Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri Pulau Pinang) Ustaz Fauzi bin Ibrahim,(Pegawai Tadbir  Agama Daerah Barat Daya),wakil pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang dan beberapa kakitangan Pusat Falak Sheikh Tahir dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang( JUPEM) .Berdasarkan perkiraan, anak bulan tidak  dapat dilihat kerana waktu ijtimak berlaku pada pukul 8.03 malam 15 Oktober
Fenomena  langit  selepas  matahari terbenam pada pukul 7.30
 (Ijtimak bermaksud : Bumi, bulan dan Matahari berada dalam satu garisan) belum  berlaku pada hari cerapan.Perkara sebegini jarang berlaku sepanjang cerapan yang telah dijalankan oleh Bahagian Falak , Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang pada tahun ini. Maka,hari Raya Aidil Adha telah ditetapkan pada hari Jumaat,10 Zulhijjah 1433 bersamaan pada  26 Oktober 2012. Kami dari Bahagian Falak dan Sumber Maklumat,Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat.
Pengumuman  ketidak nampakan Hilal oleh  Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang , Dato Yusof bin Musa.                                                                                     
Kelihatan Ustaz Mohd Jais Anuar bersama Ahli Jawatankuasa Hilal

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK