Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, October 8, 2012

Wacana Ilmu: Kepentingan Memahami Ilmu Falak dari Aspek Ibadah

Para peserta sedang mengikuti wacana ilmu falak oleh Dr Arso.
Suatu wacana ilmu falak yang disampaikan oleh salah seorang ahli Badan Hisab Rukyat Wilayah Sumatera Utara,Medan iaitu Drs.H.Arso telah sudi berkongsi pengalaman serta ilmu yang berkaitan dengan Ilmu Falak kepada peserta yang terdiri dari pelajar Kolej islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang dan kakitangan kerajaan .Sebelum itu, Yang Bahagia Dato' Abdul Malik Abul Kassim sudi merasmikan wacana tersebut  yang dihadiri Rektor KITAB serta Timbalan Mufti,Al-Fadhil Ustaz Salahuddin bin Hj Ghozali.Menurut Dr Arso, umat islam kini semakin jauh terpisah dari ilmu falak disebabkan beberapa faktor,antaranya rasa tidak perlu lagi dipelajari pada masa kini kerana segala data serta kajian telah dibuat oleh orang barat.Kita sebagai umat islam banyak menjadi  " Pengguna" sedangkan ilmu ini wajib  dipelajari serta kajian lebih lanjut seperti contoh  menentukan waktu masuk waktu magrib berdasarkan  pandangan mata kasar atau guna peralatan seperti Teleskop. Selaku Ketua Timbalan Ahli bagi Badan Hisab  Rukyah wilayah Sumatera Utara,menaruh harapan supaya Ilmu ini dipandang sepi oleh pelajar kerana kepentinganya  dalam melakukan ibadah sangat penting samada dalam membayar zakat,mengerjakan haji serta memulakan puasa di bulan ramadan dan lain lain amalan ibadat. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang akan sentiasa mengisi ruang masa  supaya ia dapat dipenuhi dengan majlis  ilmu  sebegini  kepada umat islam  yang kini jauh dengan budaya Ilmu apatah lagi membaca.Semoga umat islam dapat mengembalikan  zaman kegemilangan islam dahulu dengan iltizam yang sungguh dan istiqamah dalam apa jua bidang ilmu.
Sesi Soal Jawab oleh pelajar KITAB.

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK