Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, February 1, 2010

SAMBUTAN MENGGALAKKAN SEMASA FALAK ON THE STREET

 
Falak On The Street (JMNPP + MGTF USM)

Pada 29 Januari 2010 (Jumaat) yang lalu, Jab. Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM dan Lingkaran Luar Butterworth Penang Sdn. Bhd telah berjaya menganjurkan Falak on The Street (Program Falak Jalanan) yang telah diadakan di Perkarangan Hentian Rehat LLB. program yang bermula jam 8.00 malam sehingga 1.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai yang hadir memenuhi perkarangan tersebut. Mereka tidak melepaskan peluang untuk melihat bulan penuh, planet Musyitari, planet Marikh, dan beberapa objek langit yang lain seperti buruj dan bintang. Dalam program tersebut para pengunjung diberikan peluang untuk melihat objek-objek langit dengan lebih dekat menerusi teleskop-teleskop yang telah disediakan oleh pihak JMNPP dan MGTF USM. Perkongsian ilmu Falak & Astronomi turut diadakan bersama pengunjung yang hadir di antara krew-krew dengan para pengunjung. Tayangan video Astronomi juga diadakan pada malam tersebut. Terima kasih kepada mereka yang terlibat dan semua pengunjung yang hadir dan memeriahkan program tersebut.

Krew-krew Falak Penang bersama En. Azam (USM)

 
Ustaz Yusof dan En. Azri memasang kelengkapan cerapan (Maksutov Cassegrain)

 Ustaz Yusof melihat keindahan bulan penuh melalui Maksutov Cassegrain

 
Ustaz Jais memberikan penerangan kepada pengunjung yang hadir

 
En. Rashid (Krew MGTF USM) memberikan penerangan kepada pengunjung yang hadir

 
 Pengunjung berkongsi maklumat bersama Ustaz Anuar (krew Falak Penang)


Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan bulan penuh perigee 























No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK