jam 3.00 petang
jam 4.27 petang
jam 5.44 petang
Program CERAPAN GERHANA MATAHARI SEPARA telah diadakan pada 15 Januari 2010 (Jumaat) di Masjid Negeri Pulau Pinang merupakan anjuran bersama di antara Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Masjid Negeri Pulau Pinang, Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM dan Jabatan Pelajaran Negeri. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini dimulakan dengan pameran astronomi / falak oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang serta Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM. Manakala cerapan gerhana matahari pula dimulakan pada jam 2.30 petang. Kejadiaan gerhana matahari separa yang berlaku di Malaysia ini dikatakan bermula seawal jam 2.59 petang dan berakhir pada jam 5.44 petang. Manakala Solat Sunat dan Khutbah Gerhanajuga diadakan bermula jam 3.30 petang yang turut disertai oleh S.S Datuk Haji Hassan Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang. Sambutan yang baik dan amat menggalakkan daripada orang ramai untuk melihat keagungan Ilahi ini dengan lebih dekat lagi. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir memeriahkan program cerapan ini. Semoga kita akan sentiasa dipertemukan apabila setiap kali melihat bukti kekuasaan Allah s.w.t ini. Disertakan beberapa foto untuk tatapan kalian.
Pengunjung cilik juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat.
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kejadian gerhana matahari separa
S.S Datuk Haji Hassan Ahmad Turut hadir menyaksikan gerhana matahari separa
Ustaz Hardi cuba menjejaki kedudukan matahari
Ustaz Yusof memberikan tunjuk ajar kepada peminat kecil cara melihat gerhana matahari separa.
No comments:
Post a Comment