Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Tuesday, February 2, 2010

KUNJUNGAN KE-2 ERATKAN HUBUNGAN TEAM FALAK PENANG DENGAN TEAM LANGKAWI NATIONAL OBSERVATORY




Bermula 3-7 Feb 2010, Team Falak Penang mengadakan lawatan kerja kali ke-2 ke LANGKAWI NATIONAL OBSERVATORY, Pulau Langkawi. Lawatan yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat melalui perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang astronomi / falak di Malaysia menerusi Bengkel Pemantapan Pengendalian Teleskop dan Pengurusan Balai Cerap. Lawatan ini juga merupakan kesinambungan daripada lawatan yang pertama pada 26-28 April 2009 yang lalu. Seramai 5 orang Krew Falak Penang yang diketuai oleh Ustaz Mohd. Jais ini turut disertai oleh Krew Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM dalam lawatan pada kali ini. Sama-samalah kita doakan semoga lawatan ini akan mendapat perlindungan dan rahmat daripada-NYA demi kebaikan ilmu falak / astronomi untuk umat Islam sejagat.

  Team Falak Penang semasa Lawatan Kerja Pertama pada 26-28 April 2009

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK