20-21 April 2012 . Lawatan sambil belajar sekolah angkat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya diterima oleh kakitangan Pusat Falak dengan hati terbuka. Ketibaan pada pukul 6 petang dimulakan dengan Taklimat Pusat Falak oleh Ustaz Jamil selaku Penyelia Pusat Falak Sheikh Tahir dan pengenalan peralatan falak dan astronomi yang disampaikan oleh Ustaz Jalil berkaitan peralatan cerapan dan teleskop. Pada petang itu juga pelajar dapat menggunakan teleskop dan melihat Planet Venus terang di langit. Jamuan makan malam disediakan kepada pelajar pelajar dan guru-guru sebelum taklimat pengenalan astronomi yang disampaikan oleh Encik Zulhelmi selaku Penolong Pegawai Sains. Untuk menceriakan suasana sedikit bengkel sains telah didedahkan kepada pelajar pelajar. Cuaca yang tidak mengizinkan pada malam itu sedikit terkilan di kalangan pelajar- pelajar.
Taklimat penutup dan penyampaian cenderamata telah diberikan tanda ucapan terima kasih Team Falak kepada pihak sekolah dan disudahi cenderamata balas dari pihak sekolah kepada team falak. Semoga apa yang diperolehi menjadikan satu permulaan pelajar- pelajar mengenali ilmu falak.
Pages
INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012
Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Monday, April 23, 2012
Monday, April 16, 2012
Program Falak at Scholl: SMKA Al- Mashoor Perempuan
| Pelajar-pelajar sedang mendengar ceramah oleh Profesor Dr Abd halim Abd Aziz dalam program Falak At School |
14 April 2012 - Program Falak at Scholl adalah satu program yang telah disusun oleh Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang melalui Bahagian Falak dan Sumber Maklumat dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Perempuan dengan objektif untuk menerapkan elemen falak atau astronomi kepada sasaran iaitu pelajar -pelajar supaya ilmu falak tidak hanya sekadar teori didalam kelas malah dipraktik diluar seperti membuat jam matahari ,pengiraan arah kiblat serta lain -lain aktiviti berkaitan.Sebelum pelajar didedahkan dengan peralatan serta aktiviti yang melibatkan perkiraan serta kaedah, slot pengenalan dimulai dengan ceramah astronomi oleh Profesor Dr Abdul Halim bin Abd.Aziz dari Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera,Universiti Sains Malaysia.Beliau adalah salah seorang Ahli jawatankuasa Falak Negeri Pulau Pinang telah mencurahkan segala ilmu kepada pelajar .Pelajar didedahkan juga dibahagikan beberapa kumpulan, antara aktiviti dijalankan seperti Pengenalan Alatan Teleskop, Penentuan Arah serta jam matahari,Pengiraan Arah Kiblat,Astronomi dan Anda dan Pameran Falak.Program yang berakhir dengan gimik pelancaran penutup oleh Penolong Kanan Sekolah Menengah Agama Al -Mashoor, Puan Kairana sambil diperhatikan oleh pelajar- pelajar serta guru. Turut sama membantu dalam melancarkan program ini ialah dari Persatuan Astronomi Universiti Sains Malaysia.Dengan sejuta harapan kepada pelajar yang menyertai program ini dapat menjadi perintis pemikir serta penggerak kepada golongan Ulil Albab di muka bumi Allah ini.
| Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Mashoor Perempuan sedang melihat sesuatu dalam gimik penutupan Falak at Scholl. |
| pameran falak juga dapat memberi maklumat penting kepada pelajar dalam Falak at Scholl. |
Subscribe to:
Posts (Atom)


