Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, April 16, 2012

Program Falak at Scholl: SMKA Al- Mashoor Perempuan

Pelajar-pelajar sedang mendengar ceramah oleh Profesor Dr Abd halim Abd Aziz dalam program Falak At School
14 April 2012 - Program  Falak at Scholl adalah satu program  yang telah disusun oleh  Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang melalui Bahagian Falak dan Sumber Maklumat dengan kerjasama  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Perempuan dengan objektif  untuk menerapkan elemen falak atau astronomi kepada sasaran iaitu pelajar -pelajar supaya ilmu falak tidak hanya sekadar teori  didalam kelas malah dipraktik diluar seperti membuat jam matahari ,pengiraan arah kiblat serta lain -lain aktiviti berkaitan.Sebelum pelajar didedahkan dengan peralatan serta aktiviti yang melibatkan perkiraan serta kaedah, slot pengenalan dimulai dengan ceramah astronomi oleh Profesor Dr Abdul Halim bin Abd.Aziz  dari Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera,Universiti Sains Malaysia.Beliau adalah salah seorang Ahli jawatankuasa Falak Negeri Pulau Pinang telah mencurahkan segala ilmu kepada pelajar .Pelajar didedahkan juga dibahagikan beberapa kumpulan, antara aktiviti dijalankan seperti Pengenalan Alatan Teleskop, Penentuan Arah serta jam matahari,Pengiraan Arah Kiblat,Astronomi dan Anda dan Pameran Falak.Program yang berakhir dengan gimik pelancaran penutup oleh Penolong Kanan Sekolah Menengah Agama Al -Mashoor, Puan Kairana sambil diperhatikan oleh pelajar- pelajar serta guru. Turut sama membantu dalam melancarkan program ini ialah dari Persatuan Astronomi Universiti Sains Malaysia.Dengan sejuta harapan kepada pelajar yang menyertai program ini dapat menjadi perintis pemikir serta penggerak kepada golongan Ulil Albab di muka bumi Allah ini.
Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Mashoor Perempuan sedang melihat sesuatu dalam gimik penutupan Falak at Scholl.

pameran falak juga dapat memberi maklumat penting kepada pelajar dalam Falak at Scholl.



No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK