Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, April 23, 2012

Lawatan SK Pengkalan Jaya

20-21 April 2012 . Lawatan sambil belajar sekolah angkat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya  diterima oleh kakitangan Pusat Falak dengan hati terbuka. Ketibaan pada pukul 6 petang dimulakan dengan Taklimat Pusat Falak oleh Ustaz Jamil selaku Penyelia Pusat Falak Sheikh Tahir dan pengenalan peralatan falak dan astronomi yang disampaikan oleh Ustaz Jalil berkaitan peralatan cerapan dan teleskop. Pada petang itu juga pelajar dapat menggunakan teleskop dan melihat Planet Venus terang di langit. Jamuan makan malam disediakan kepada pelajar pelajar dan guru-guru sebelum taklimat pengenalan astronomi yang disampaikan oleh Encik Zulhelmi selaku Penolong Pegawai Sains. Untuk menceriakan suasana sedikit bengkel sains telah didedahkan kepada pelajar pelajar. Cuaca yang tidak mengizinkan pada malam itu sedikit terkilan di kalangan pelajar- pelajar.
      Taklimat penutup dan penyampaian cenderamata telah diberikan tanda ucapan terima kasih Team Falak kepada pihak sekolah dan disudahi cenderamata balas dari pihak sekolah kepada team falak. Semoga apa yang diperolehi menjadikan satu permulaan pelajar- pelajar mengenali ilmu falak.

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK