Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Tuesday, May 18, 2010

LAWATAN SEK.KEB. GUAR PERAHU

14-15 MEI 2010  Selamat datang diucapkan kepada rombongan pelajar yang diiringi oleh beberapa orng guru ke Pusat Falak Sheikh Tahir.Rombongan yang disertai seramai 42 orang murid dan 4 orang guru pengirim disambut baik oleh team Falakpenang.Aktiviti dimulakan dengan solat maghrib kemudian makan malam.
        taklimat bagi memperkenalkan Pusat falak telah dibentangkan oleh us Aminuddin Bin Mohd Hapeze,kemudian disusuli dengan taklimat astronomi oleh Us Anuar dan diakhiri dengan Taklimat 'steellarium'berkaitan bintang dilangit.

       Suasana langit yang tidak baik disusuli dengan hujan telah membataikan aktiviti cerapan pada malam itu,Aktiviti ditambah pada pagi keesokan dengan membuat roket straw dan disusuli dengan minum sarapan pagi..

       Kelihatan kepuasan rombongan datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir telah membuatkan Team Falakpenang berbesar hati..terima kasih...ada kunjungan Sekolah KebangsaanGuar Perahu.

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK