Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, May 31, 2010

KEM SAINS ASTRONOMI $ AEROANKASA KEBANGSAAN 2010

22 SEHINGGA 26 MEI 2010  Kem Asronomi & Aeroangkasa Kebangsaan 2010 yang diadakan di Hotel Naza telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Pelbagai aktiviti telah dijalankan.Antaranya sepanjang 5 hari ialah penerangan berkaitan Astronomi cakerawala bintang,solar sistem,matahari,galaksi komet,meteor,astroids,meteoroid.selain itu pelbagai aktiviti berbentuk permainan turun dijalankan iaitu pertandingan space capsule,pertandingan planet dalam sistem suria dan Explorace Astronomi.Aktiviti malam yang dijalankan  bagi memenuhi masa yang ada ialah cerapan langit malam dan cerapan matahari.

      Perserta juga telah dibawa ke Pusat Falak Sheikh Tahir pantai acheh dan Muzium Sains USM sebagai memperkenalkan kepada peserta kemudahan dan salah satu tempat yang menjalankan aktiviti yang berbentuk astronomi.Selain itu peserta turut diberi kursus astrofotografi secara teori dan praktikal cara penggunaan kamera.

      Hari terakhir peserta telah dikunjungi oleh Angkasawan negara,Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.kehadiran beliau sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan motivasi diri kepada perserta.Semoga aktiviti sebegini menjadikan memori indah di hati setiap peserta....









No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK