Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Wednesday, March 10, 2010

STAR TRACK CAMP,MENARA ALOR SETAR

4-6 MAC 2010   Krew Falakpenang bersama Krew Unit Falak USM berkampung di Pekarangan Menara Alor setar bagi melaksakan porgram 'Star Track Camp' yang dianjurkan oleh Menara Alor Setar dengan kerjasama dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang,Jabatan Mufti Negeri Kedah,Universiti Sains Malaysia(USM) dan Pusat Sains Negera.

            Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya,pameran falak dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang seperti tokoh Islam di dalam Ilmu falak,peralatan lama falak,cerapan astronomi dan penerangan berkaitan aktiviti serta edaran buku keluaran jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.aktiviti-aktiviti lain seperti Bahan penyelidikan USM,pertandingan pelancaran roket air,ceramah astronomi,tanyangan video astronomi dan sebagainya.sekaligus menarik pengujung dari kalangan pelajar sekolah,Institut Pengajian Tinggi dan penduduk sekitar Alor Setar.


            kewujudan aktiviti sebegini telah membuka mata masyarakat kini tentang keagungan ciptaanNya dari sekecil zarah sehingga sebesar cakrawala yang tidak dapat dihitung.diharapkan program seperti ini menjadi titik tolak permulaan masyarakat kini mengenali ilmu falak.
           terima kasih diatas kerjasama semua pihak yang terlibat..


Cenderamana yang diterima oleh wakil Jabatan Mufti
Negeri Pulau Pinang daripada pihak Menara  Alor Setar

Sesi lawatan Pengarah Menara Alor Setar ke
ruang pameran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.






Sesi taklumat cara pengiraan arah kiblat kepada pelajar-pelajar yang berkunjung ke Pameran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.













Aktiviti cerapan Planet dan Bulan pada malam Program Cerapan Astronomi















Info:
Planet marikh merupakan planet ke-4 dalam Sistem Suria,sifat fizikalnya kelihatan kemerahan dilangit ketika melihat dari bumi.mempunyai dua bulan iaitu Phobos dan deimos. Jarak dari Bumi ialah 78.3 juta kilometer.
Planet Zuhal merupakan planet ke-2 terbesar.mempunyai gegelang besar yang terdiri daripada gergasi  gas.Jarak dari Bumi ialah 1.2774 bilion kilometer
Bulan bersaiz 1/4 bumi.jarak dari bumi ialah 384.4 ribu kilometer.











No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK