26 Februari 2010  Bertempat di Dewan Sri Pinang ,berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul 1431H,peringkat Negeri Pulau Pinang yang bertemakan"memantap ukhuwah,memperkasa ummah".Suasana dimeriahkan lagi dengan pameran Tamadun Islam daripada Krew Falakpenang dan krew MGTF USM . Pameran tersebut telah berjaya menarik perhatian pengunjung sehinggakan krew falakpenang sentiasa sebuk melayan pengunjung yang datang. Pelbagai soalan berkaitan cakrawala dan alam semesta diajukan kepada krew falakpenang dan segalanya dapat dijawab dengan seadanya. Sesungguhnya dengan adanya pameran sebegini dapatlah menarik minat masyarakat kini tanpa mengira usia sama ada golongan muda mahupun dewasa.
Krew Falakpenang memberi penerangan kepada 
pengujung yang datang bekaitan 
peralatan falak dahulu kala.
bahan pameran yang dipamirkan menarik 
minat pengujung yang datang
Diantara aktiviti menarik ialah Transformasi tarik
 lahir dari tahun masihi ke tahun hijrah 
yang menarik minat pengujung
 
No comments:
Post a Comment